Liu Lina telah mengadakan latihan ke German pada tahun 2005, bersiap untuk menyertai Sukan Olimpik tahun 2008. Keadaannya berbeza sama sekali dengan kebanyakan pasukan di dalam negara. Atlet Dressage Ekuestrian bukan sahaja terpaksa menguruskan hal mereka sendiri di luar negara, malah, rancangan latihan mereka juga perlu diuruskan oleh mereka sendiri.
Liu Lina mengadakan latihan dengan bersungguh-sungguh seperti atlet lelaki yang lain, dan tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta semasa berada di luar negara. Dia berjaya menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan kehidupan perseorangan di luar negara selama 8 tahun. Demi menjimatkan wang untuk membayar yuran latihannya di luar negara, dia sering kali tidak memasak makanan dan hanya makan roti sahaja.

Untuk menjamin kejayaannya dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Jabatan Sukan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah membeli seekor kuda German "Pivaska" yang agak mahal harganya pada tahun 2007. Liu Lina dapat menyertai pertandingan acara Dressage Ekuestrian antarabangsa yang diadakan di Sepanyol dan Hungary bermula pada separuh akhir tahun 2007.
Liu Lina mendapat kelayakan untuk menyertai pertandingan acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 yang diadakan di Sepanyol pada bulan Mac tahun 2008. Pasukan China juga mendapat kelayakan untuk menyertai semua 28 acara Sukan Olimpik dan mencipta rekod baru dalam sejarah Sukan Olimpik. Liu Lina menjadi atlet pertama yang menyertai pertandingan acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik. Dia berkata bahawa ketika itu, saya hanya berusaha untuk menyertai Sukan Olimpik. Semua orang juga berharap ada atlet China yang dapat menyertai pertandingan acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik. Ini merupakan hasrat rakyat China. Penyertaan saya ini adalah untuk merealisasikan orang China.
Walaupun Liu Lina tidak dapat merangkul pingat emas dalam pertandingan acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik Beijing ini, tetapi, persembahannya telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton. 1 2
|