v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ma Tingfu, Seorang Pengnut Agama Islam dan Anggota Keluarganya

2008-10-03 14:28:08 CRI

Ma Tingfu, seorang warga tua penganut agama Islam yang tinggal di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di bahagian barat China. Beliau dan keluarganya berhijrah ke sana 10 tahun yang lalu. Mereka dan penduduk tempatan di sana bertani dan menanam tumbuh-tumbuhan pertanian dan pokok bagi menyekat peluasan padang pasir sejak 10 tahun yang lalu juga supaya dapat menyara hidup keluarga mereka. Taraf hidup mereka kini berubah menjadi lebih baik daripada taraf hidup kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar.

Ma Tingfu, yang berusia 74 tahun ini tinggal bersama-sama dengan 5 orang anak lelaki dan lebih 10 orang cucunya. Mereka giat berurus niaga dan menguruskan syarikat pengangkutan kelduarga mereka. Mereka sering membawa buah-buahan dari selatan dan hasil mahsul tempatan untuk datuk dan neneknya. Mereka juga gemar menceritakan perkara-perkara yang berlaku di tempat yang lain kepada ahli keluarga.

Ma Tingfu dan keluarganya pada asalnya tinggal di kawasan pergunungan yang terpencil terletak jauh dari bandar Yinchuan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China. Jumlah hujan yang turun di sini semakin berkurang, malah bencana kemarau sering berlaku. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan sukar untuk mendapatkan air minuman malah juga mengakibatkan penduduk menjadi amat miskin. Oleh itu, mereka pun berpindah ke Hongsibao, dan meneroka kawasan tersebut pada 10 tahun yang lalu. Tempat ini sangat kurang penduduknya dan tiada tanah pertanian, tetapi kemudahan pengangkutan dan lalu lintasnya amat maju. Projek tali air negara telah selesai dibina di kawasan yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka, dan air sungai Kuning dapat disalurkan untuk mengairi tanah pertanian di sekitarnya. Dia menyatakan bahawa

projek menyalurkan air, bekalan elektrik dan jalan raya telah selesai selepas kami berpindah ke sini. Saya selalu pergi ke masjid untuk menunaikan sembah yang lima waktu, manakala anak-anak pun boleh bersekolah.

Hongsibao merupakan kawasan yang diteroka oleh penghijrah ekologi yang dibangunkan oleh kerajaan pusat China dengan peruntukan yang besar jumlahnya. Seramai 200 ribu orang petani yang tinggal di kawasan yang sering kemarau telah berhijrah ke kawasan ini sejak 10 tahun yang lalu. Antaranya penduduk etnik Hui mewakili 57% daripada jumlah tersebut. Jumlah pengeluaran bahan makanan mencapai jangkaan pada tahun lalu kerana bencana kemarau jarang sekali berlaku sejak 50 tahun yang lalu. Ma Yingcheng yang berumur 50 tahun, anak lelaki Ma Tingfu menyatakan bahawa kerajaan telah menyediakan sejumlah besar subsidi untuk bahan makanan dan baja kimia bagi petani yang tinggal di kawasan yang mundur. Kehidupan kami telah mengalami perubahan yang besar daripada masa yang lalu.

Selain bertani, anggota keluarga Ma Tingfu juga giat menanam pokok buah-buahan, menguruskan syarikat pengangkutan persendirian yang dimiliki oleh mereka dan menjalankan kerja-kerja lain. Jumlah pendapatan bersih penduduk Hongsibao telah meningkat 5 kali ganda sejak 10 tahun ini.

Ma Tingfu menyatakan bahawa sistem perubatan kerjasama bagi petani dan sistem jaminan kehidupan minimum di desa merupakan dasar penting yang dilaksanakan oleh kerajaan China bagi melindungi kepentingan kaum tani. Isterinya menghidap penyakit dalam perut pada tahun lalu, belanja rawatan di hospital berjumlah 3800 yuan RMB, tetapi jumlah subsidi yang diberikan oleh negara berjumlah 3200 yuan RMB. Jadi, mereka hanya membayar lebih kurang 600 yuan RMB.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |