v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ma Tingfu, Seorang Pengnut Agama Islam dan Anggota Keluarganya

2008-10-03 14:28:08 CRI

Perkara yang lebih menggembirakan Ma Tingfu ialah apabila cucunya, iaitu Ma Feng dapat masuk ke Universiti Geologi China dengan hasil pencapaian yang baik dalam ujian yang diambilnya pada tahun yang lalu. Dia amat terharu dengan perubahan besar yang berlaku dalam bidang pendidikan di kampungnya sejak 10 tahun ini Dia menyatakan bahawa ketika saya bari berhijrah ke sini, hanya ada tiga orang guru dan lebih kurang 90 orang pelajar di sekolah kami. Tetapi, sekarang keadaannya sudah berubah sama sekali. Kini, ada lebih 20 orang guru dan lebih 400 orang pelajar belajar di kampung ini.

Tenaga guru dan kemudahan di sekolah rendah ini telah meningkat dengan pesat. Bilik darjah dengan kemudahan media telah selesai dibina untuk memudahkan pelajar-pelajar menonton filem bagi mata pelajaran geografi, belajar bahasa Inggeris dan lain-lain. Guru dari sekolah rendah di bandar dapat diundang untuk mengajar di sekolah ini supaya taraf pendidikan di sini dapat ditingkatkan dengan lebih pesat.

Ma Tingfu pernah belajar di sekolah menengah Liupanshan, sebuah sekolah yang bertaraf tinggi di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningsia. Dia bukan sahaja berpeluang belajar di sekolah itu, tetapi juga mendapat banyak keuntungan daripada beberapa dasar keutamaan yang dilaksanakan bagi melindungi pelajar etnik minoriti dan pelajar dari kawasan pergunungan yang mundur. Dia berkata, pelajar di sekolah menengah Liupanshan mendapat lebih kurang 75 yuan RMB setiap bulan daripada kerajaan tempatan dan pendidikan di sekolah tersebut dilaksanakan secara percuma.

Universiti Geologi China terletak di bandar Wuhan di bahagian tengah China. Bandar yang moden itu cukup menarik bagi pelajar dari keluarga petani. Ma Feng, belia penganut agama Islam ini secara berterus terang menyatakan bahawa dia selalu merindu kampung halamannya yang merupakan oasis di padang pasir dengan penduduk kampungnya yang bekerja dengan tekun dan rajin. Dia juga merindu datuk dan neneknya yang masih tinggal di kampung yang terletak jauh dari tempat tinggalnya sekrang. Kampung halamannya, penduduk etnik beragama Islam di sana dan sanak saudara merupakan kebanggaannya dan kesemuanya ini menjadikan belia ini sering kerinduan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |