v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wang Feihong, Seorang Pemain Wushu Etnik Miao di China

2008-10-10 14:23:17 CRI

Penduduk etnik Miao memuja alam dan nenek-moyang. Sejumlah besar penduduk etnik Miao menganut agama Kristian terutama Katolik. Etnik Miao terkenal kerana pakaian yang pelbagai dan berwarna-warni. Pakaian mereka mempunyai lebih seratus jenis fesyen yang berwarna cerah dan terkenal antara yang tercantik berbanding fesyen pakaian etnik-etnik yang lain di China. Pakaian tradisional sering kali dipakai ketika merayakan hari raya perayaan. Seni budaya Etnik Miao amat menarik daripada seni budaya etnik minoriti yang lain di China. Pertamanya, Wushu tradisional etnik Miao sudah tersebar secara meluas dan dipelajari oleh atlet Wushu China dan luar negara.

Semasa diadakan anugerah persembahan acara TV terbaik oleh sebuah media TV China terkenal pada tahun 2006, Wang Feihong turut mengemukakan program Wushu yang dianjurkan olehnya. Di luar dugaannya, acara persembahan Wushu yang disunting, diarahkan dan dipersembahkan oleh beliau sendiri menjadi johan dalam anugerah itu.

Wang Feihong berasal dari kawasan pergunungan yang terpencil di Zhou Autonomi Etnik Miao dan Dong Provinsi Guizhou di barat daya China. Kebanyakan penduduk etnik Miao dan Dong tinggal dalam suasana harmoni. Sejak dari kecil dia dan kanak-kanak di kawasan pergunungan itu merasa kegetiran hidup menternak lembu dan menebang pokok untuk mendapatkan kayu api bagi memasak makanan dan berdiang pada masa lalu. Dia amat gemar akan bermain Wushu yang diwarisi daripada nenek moyang turun-temurun semasa berumur 7 tahun. Dia berpeluang dapat menonton filem yang dipersembahkan oleh Li Xiaolong, seorang pelakon Wushu. Oleh itu, dia amat gemar akan meniru Kung Fu etnik Miao dan tinju yang dimainkan oleh Li Xiaolong. Beliau menyatakan bahawa tinju yang dipersembahkan oleh Li Xiaolong itu hampir sama dengan gusti China dan Tinju dari negara-negara barat, pada hal gusti China berbeza sama sekali dengan tinju dari negara barat.

Walaupun Wang Feihong belajar tinju, tetapi dia masih mengekalkan langgam Wushu yang digemari oleh penduduk etnik Miao sendiri. Dia telah diterima oleh Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik-Etnik tempatan kerana kemahiran Wushunya. Selain melatih seni Wushu dalam kumpulan kesenian itu, dia juga menyanyi, menari dan bermain alat-alat muzik semasa bekerja dengan kumpulan nyanyian dan tarian itu.

Namun, impian Wang Feihong tidak kesampaikan. Selepas lebih setahun, dia datang ke Beijing untuk menyara hidupnya. Dia pernah menjadi jururawat, menjual stoking, membaiki basikal dan menjadi pelakon di Taman Etnik-Etnik Beijing. Demi mengejar cita-citanya, dia bergiat berlatih Kung Fu pada pukul 6:00 pagi setiap hari. Beliau berkata,

segala sesuatu amat jauh bagi mencapai impian saya. Saya terlebih dahulu memastikan kehidupan,terjamin dalam usaha mengejar impian saya. Saya tiada sahabat yang sehaluan dan saya berasa amat sukar hidup di Beijing. Tetapi saya tidak putus asa. Saya yakin bahawa jika kita mempelajari lebih banyak pengetahuan, kita akan berpeluang untuk menerima banyak ilmu dan kepandaian.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |