v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wang Feihong, Seorang Pemain Wushu Etnik Miao di China

2008-10-10 14:23:17 CRI

Wang Feihong berjaya menyimpan lebih 10 ribu yuan RMB semasa bekerja di Beijing selama 2 tahun. Dia keluar daripada Taman Etnik -Etnik Beijing untuk menubuhkan kumpulan persembahan dengan biayanya sendiri. Mereka telah mengadakan pertunjukan kesenian di bandar yang sederhana dan kecil di China dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Katanya, kebanyakan orang menyatakan bahawa rupa saya amat mirip dengan pelakun filem China Li Xiaolong, selepas menyaksikan persembahan saya. Seni budaya etnik minoriti dapat digabungkan dengan Kung Fu China, yang berasal dari Kuil Shaolin dan hasilnya meninggalkan kesan yang baik.

Wang Feihong lebih berkeyakinan penuh terhadap persembahannya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menyertai acara pemilihan pemain Wushu tahun 2006. Pertunjukan kesenian yang dipersembahkan olehnya ialah seni gubahannya sendiri dengan memakai pakaian yang direkanya sendiri. Dia menjadi johan dengan persembahan kemahiran Kung Fu penduduk etnik Miao dan menjadi pemain Wushu yang terkenal. Dia diberi keutamaan oleh banyak pengarah filem yang terkenal di Hong Kong dan sering kali menjadi pelakun utama dalam banyak filem untuk TV.

Wang Feihong, seorang yang gemar menyanyi dan menari, serta mahir bermain alat muzik. Impian Wang Feihong tercapai kini. Malah dia menyatakan bahawa kejayaan terkini hanya merupakan permulaan impiannya. Dia akan bergiat untuk menyebarkan Kung Fu penduduk etnik Miao ke seluruh dunia. Beliau menyatakan bahawa saya akan berusaha untuk menjadi pelakun utama dalam banyak filem, menyanyikan banyak lagu dan berkenalan dengan banyak penduduk tempatan yang peramah. Saya yang berasal dari kawasan pergunungan yang terpencil datang ke Beijing bertujuan untuk memperkenalkan Kung Fu ke seluruh dunia menerusi program TV.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |