v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet China, Lu Yong, Seorang Belia Etnik Dong

2008-10-17 09:25:30 CRI

Penduduk etnik Dong gemar akan menyanyikan lagu. Sesiapa yang pandai menyanyikan banyak lagu, dia dianggap sebagai penyanyi yang berpengetahuan luas dan juga dihormati oleh masyarakat di kawasan etnik Dong ini. Lu Yong berasal dari kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Dong. Dia sejak kecik gemar beriadah. Ketika berusia 10 tahun, Lu Yong telah dipilih oleh Lan Yanyun, seorang jurulatih angkat berat di Sekolah Amatur Jasmani Sanjiang Guangxi untuk dilatih sebagai ahli sukan angkat berat. Di sini, Lu Yong telah menjalani latihan selama 6 tahun.

Dalam acara pertandingan angkat berat ketegori 85kg lelaki dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 yang lalu, Lu Yong telah merangkul pingat emas ke-8 untuk pasukan China dengan prestasi yang cukup baik. Beliau merupakan atlet etnik Dong yang berasal dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China.

Ketika menyentuh tentang prestasinya dalam acara pertandingan Sukan Olimpik tersebut, Lu Yong menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hari dengan pencapaiannya dalam pertandingan tersebut. Beliau berkata, saya berasa amat kecewa kerana tidak berjaya dalam acara angkat berat 183kg lelaki dalam Sukan Olimpik Beijing yang lalu. Jikalau saya berjaya mengangkat 183kg, hasilnya bukanlah 394 kg dalam acara angkat berat, saya berkemungkinan dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pertandingan ini.

Kontinjen China tidak mendapat tempat teratas dalam acara angkat berat lelaki beberapa tahun yang lalu. Namun, Lu Yong telah membaharui rekod pasukan China dalam acara pertandingan Sukan Olimpik ini.

Dalam pusingan kedua pertandingan angkat berat 214kg lelaki, Lu Yong telah terkeluar mengikut keputusan pengadil disebabkan dia telah melanggar peraturan pertandingan. Lu Yong bersikap tenang menerima keputusan pengadil itu. Beliau menyatakan bahawa saya tidak berfikir pikir banyak, dan saya tetap yakin untuk menjayakan acara tersebut dalam pusingan ke-3 yang akan berlangsung selepas itu.

Namun, rasa kecewanya belum dapat diceritakan olehnya. Sebenarnya, jarinya cedera selepas menyertai pertandingan percubaan pusingan kedua itu. Beliau menyatakan bahawa kulit jari tangan saya cedera dan banyak berdarah. Kecederaan itu mengakibatkan rasa yang amat sakit ketika mengangkat barbell yang beratnya beberapa ratus kilogram itu. Ini menjejaskan prestasi saya dalam pertandingan angkat berat itu.

Berasaskan cita-cita dan keyakinannya, Lu Yong telah berjaya dalam acara angkat berat kategori 85kg lelaki dalam Sukan Olimpik yang lalu. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh untuk menyatakan rasa bangga yang amat sangat. Orang kampungnya yang tinggal di tempat yang jauh juga begitu turut menyaksikan pertandingan yang menarik itu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |