v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet China, Lu Yong, Seorang Belia Etnik Dong

2008-10-17 09:25:30 CRI

Pada malam itu, ibu bapa Lu Yong, jurulatih dan beberapa ramai penduduk kampung di Kawasan Autonomi Dong Sanjiang Wilayah Autonomi Zhuang Guangsi China yang memakai pakaian perayaan etniknya berkumpul untuk menyaksikan siaran langsung pertandingan yng disertai oleh Lu Yong menerusi TV. Ketika Lu Yong merangkul pingat emas bagi acara angkat berat itu, semasa kampung yang didiami oleh penduduk etnik Dong itu menjadi begitu riang kerana kejayaannya. Penduduk etnik Dong dari kampung itu berasa amat bangga dan penuh gembira. Mereka berasa riang gembira, lalu menyanyi dan menari, bermain alat muzik Lusheng, dan bersama-sama membakar mercun dan bunga api untuk menyatakan ucapan tahniah yang hangat kepada Lu Yong yang telah mangangkat nama kampung halaman dan tanah air mereka. Bapa Lu Yong menyatakan bahawa saya berasa amat gembira. Kami menuggu beberapa tahun untuk mencapai prestasi yang baik dalam pertandingan ini. Lu Yong telah mengangkat martabat anah air dan kampung halamannya.

Lan Yanyun, jurulatih Lu Yong berasa lebih gembira daripada ibu bapa Lu Yong. Beliau menyatakan bahawa Lu Yong sejak dari kecil menjalani latihan dengan amat tekun dan tak kenal susah berbanding dengan kanak-kanak yang lalin, terutama ketika tercedera atau menghadapi tekanan yang cukup berat dari luar.

Lu Yong menyatakan bahawa kejayaannya adalah hasil latihan yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang panjang. Beliau menyatakan bahawa saya tidak mampu melepaskan acara angkat berat itu, walaupun saya telah mencapai prestasi yang baik sekarang. Saya akan menjalani latihan dalam masa jangka panjang.

Ini merupakan semangat Lu Yong, seorang belia etnik Dong yang rajin, bertekad teguh dan bijak. Beliau menyatakan bahawa beliau akan terus bergiat selepas Sukan Olimpik Beijing untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada masa depan. .


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |