v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Changdiao, Lagu Rakyat Etnik Mongol di China

2008-10-31 13:18:43 CRI

Penduduk etnik Mongol yang tinggal di padang rumput di utara China sejak turun temurun mempunyai budaya yang bercirikan padang rumput, kehidupan menunggang kuda dan lagu Changdiao. Lagu Changdiao merupakan ciri seni budaya yang istimewa yang menggambarkan rasa rindu kepada kampung halaman, sanak saudara, dan lagu minum ucap selamat untuk memuji-muji kuda. Ringkasnya, lagu Changdiao menceritakan sejarah dan budaya kehidupan etnik ini. Lagu Changdiao yang berirama merdu ini dikenali sebagai lagu panjang dalam bahasa Mongol dan mempunyai sejarah yang lama

Batutulaga, seorang kanak-kanak etnik Mongol yang berumur 10 tahun. Dia berasal dari Kawasan Wuzhumuxin Timur Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Sejak dari kecil, dia suka menyanyi dan rajin belajar lagu Changdiao daripada neneknya. Menyanyian amat menggembirakan hatinya.

Lagu Changdiao merupakan lagu rakyat etnik Mongol yang tinggal di padang rumput. Ia bukan sahaja merupakan seni muzik yang berirama merdu bagi etnik Mongol, malah ia mempunyai sejarah yang lama dan sudah tersebar di kawasan padang rumput ini beransur-ansur ratus tahun yang lalu. Seorang penyelidik Akademi Sains Mongolia Dalam, Man Dufu menyatakan bahawa kewujudan dan perkembangan lagu Changdiao ini berkait rapat dengan padang rumput yang luas dan adat resam penduduk etnik Mongol. Beliau menyatakan bahawa muzik etnik Mongol dan lagu Changdiao merupakan seni yang bercirikan budaya yang istimewa. Lagu Changdiao merupakan kesenian yang jarang terdapat di dunia ini.

Lagu Changdiao sebagai contoh lagu rakyat etnik Mongol dengan iramanya yang merdu telah dihasilkan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang. Lagu ini dipersembahkan ketika petani merayakan hasil tuaian dan ketika upacara perkahwinan dan upacara -upacara lain. Kebanyakan penyanyi lagu ini berasal daripada keluarga penyanyi Changdiao. Soprano wanita etnik Mongol yang terkenal, Mu Lan menyatakan bahawa lagu Changdiao merupakan jiwa dan semangat etnik Mongol. Seandainya lagu Changdiao dipisahkan daripada kami, maka ciri etnik Mongol tiada lagi.

Lagu Changdiao merupakan muzik yang diwarisi oleh penduduk etnik Mongol turun-temurun. Penduduk etnik Mongol berasa bangga apabila mendengar lagu Changdiao.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |