v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Changdiao, Lagu Rakyat Etnik Mongol di China

2008-10-31 13:18:43 CRI

Hada, seorang warga tua etnik Mongol yang tinggal di padang rumput yang diwarisinya sejak turun-temurun gemar menyanyikan lagu Changdiao. Sejak dari kecil lagi dia yang sudah berumur tahun ini sukan menyanyikan lagu Changdiao, seperti cintanya terhadap padang rumput. Beliau berasa bangga kerana anak cucuknya juga gemar menyanyikan lagu Changdiao. Tetapi dia juga berasa kecewa kerana cara hidup dan kaedah menggembala bagi etnik Mongol, kini semakin berubah ekoran kemajuan pembangunan masyarakat yang pesat. Selain itu, disebabkan proses penyerapan dan pencantuman pelbagai budaya sudah beransur-ansur berlaku di padang rumput, lagu Changdiao kini hampir dilupakan.

Walaupun lagu Changdiao hampir dilupakan, tetapi ia telah diberi keutamaan dan perlindungan oleh kerajaan China. Semakin ramai orang mengajar, mempelajari dan menyanyikan lagu Changdiao di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan di merata-rata tempat di China sehingga seni ini dapat terus diwarisi. Pengarah Jabatan Sukan dan Budaya Xilingele Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China, Li Xun menyatakan bahawa penyanyi lagu Changdiao etnik Mongol dari pelbagai provinsi dan seluruh negara berkumpul di kawasan Xilingele untuk menyertai Pertandingan menyanyi lagu Changdiao dan peningkatan kebangsaan yang diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk menyebarkan dan mewariskan lagu Changdiao ini.

Kawasan Xilingele Wilayah Autonomi Mongolia Dalam merupakan salah satu tempat asal lagu Changdiao. Pertandingan menyanyikan lagu Changdiao etnik Mongol ini telah diadakan di Kawasan Wuzhumuxin Timur baru-baru ini. Baik warga tua yang berumur 80 tahun, mahupun kanak-kanak yang berumur 8 tahun, semuanya gemar menyanyikan lagu Changdiao etnik Mongol ini . Sebelum pertandingan itu berlangsung, dua orang penyanyi lagu Changhdiao telah diwawancara oleh pemberita kami. Mereka menyatakan bahawa kami gemar menyanyikan lagu Changdiao. Sebagai penggembala etnik Mongol, kami amat gemar menyanyikan lagu Changdiao untuk menyatakan perasaan kami di padang rumput yang luas ini.

Mereka menyatakan bahawa mereka berasa amat gembira ketika menyanyikan lagu Changdiao, seolah-olah mereka berada di kampung halaman mereka yang indah, dengan kuda berlari-lari di bawah awan putih.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |