v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Perubatan yang Membantu Tibet

2008-11-07 09:33:38 CRI

Du Jiming, seorang pegawai kerajaan bandar Qitaihe provinsi Helongjiang di timur laut China telah menerima sepucuk surat yang ditulis oleh Norbu Tsering, seorang penduduk etnik Tibet dari Wilayah Autonomi Tibet pada bulan Mei tahun ini. Dalam surat itu, Norbu Tsering menyatakan bahawa isterinya mengidap penyakit batu dalam hempedu selama beberapa tahun, tetapi penyakitnya tidak dapat dirawat dengan berkesan disebabkan orang di kawasannya tidak percaya kepada kaedah perubatan moden. Doktor-doktor dari kumpulan perubatan yang ditempatkan di Bandar Qitaihe telah pergi memberikan pelbagai panduan dan nasihat kepada mereka hinggalah mereka menerima kaedah rawatan perubatan barat dan sembuh daripada penyakit yang dihadapi mereka.

Kaunti Renbu Wilayah Autonomi Tibet merupakan sebuah kaunti yang kecil dengan penduduk yang hanya berjumlah sedikit lebih 30 ribu orang. Kawasan ini tingginya lebih 4 ribu meter dari paras laut. Jadi, alam sekitarnya amat buruk, bencana seperti banjir lumpur, gempa bumi dan kemarau setring kali berlaku.

Kumpulan perubatan yang terdiri daripada naib pengarah bahagian penyakit dada, Si Cong Min, juru bius, Wei Xiaowen dan Qu Lihui dari bahagian penbedahan Hospital Rakyat telah dihantar oleh kerajaan bandar Qitaihe provinsi Helongjiang China untuk memberikan khidmatan di sana pada bulan Februari yang lalu. Mereka berlepas ke kaunti Renbu Tibet bersama-sama untuk memberikan bantuan perubatan selama 6 bulan. Seorang wanita menghadapi masalah kerika mahu melahirkan anak sebaik sahaja kumpulan perubatan itu tiba di hospital rakyat kaunti tersebut.

Selepas menjalankan pemeriksaan yang rapi terhadap wanita yang hamil itu, pihak kumpulan perubatan memutuskan bahawa pembedahan mesti dibuat untuk menyelamatkan ibu dan anak yang akan dilahirkan. Ramai penggembala etnik Tibet yang menunggu di luar bilik pembedahan itu. Mereka berbual-bual dan bertutur dalam bahasa Tibet menyuarkan kebimbangan mereka terhadap taraf dan kaedah perubatan yang digunakan oleh doktor tersebut. Kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Tibet amat mundur, oleh itu, doktor, jururawat, dan pihak pengurusan serta perubatan tidak dapat memenuhi keperluan penduduk di sana.

Selepas satu jam 55 minit, seorang bayi lelaki telah dilahirkan dengan selamat. Pembedahan ini adalah kali pertama bagi kumpulan perubatan itu sejak tiba di kaunti Renbu. Selepas itu, kebanyakan penduduk etnik Tibet percaya secara beransur-ansur kepada kumpulan perubatan itu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |