v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Perubatan yang Membantu Tibet

2008-11-07 09:33:38 CRI

Pembedahan tidak pernah dilaksanakan di hospital kaunti Renbu selama 5 tahun sebelum kedatangan kumpulan perubatan itu kerana tiada doktor pembedahan. Lebih 30 ribu orang pesakit etnik Tibet terpaksa mendapatkan rawatan di hospital Xigaze yang jaraknya seratus kilometer dari tempat tinggal mereka atau ke hospital Lhasa yang lebih jauh. Walau bagaimanapun, sebahagian besar etnik Tibet ini tidak suka berjumpa doktor, malah hanya pergi ke kuil memohon restu untuk mengubati penyakit yang dihadapi mereka. Si Congmin menyatakan bahawa kita sepatutnya cepat-cepat mempopularkan pengetahuan sains kepada setiap kaum tani dan penggembala etnik Tibet. Kita cuba mengubati penyakit saudara setanah air daripada etnik ini bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Kekurangan doktor dan kemudahan perubatan di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik ini sekian lama telah diperbaiki selepas kumpulan perubatan tiba di kaunti Renbu itu. Tetapi mereka berasa amat dukacita kerana kerja mereka terlalu berat. Doktor, Si Congmin pernah pengsan dan tumbang di bilik pembedahan kerana mengidap penyakit kesan udara di tanah tinggi selepas menjalankan beberapa kali pembedahan secara berterusan untuk penduduk etnik Tibet. Beliau menyatakan bahawa saya berasa pening, lalu muntah, kemudian saya rasa sesak nafas dan terus jatuh pengsan.

Kumpulan perubatan ini telah melaksanakan 38 kali pembedahan dalam tempoh selama 6 bulan di Tibet. Pembedahan pada hempedu dan ketika bersalin tidak pernah dijalankan di hospital Rakyat Kaunti Renbu Tibet sebelum itu. Ketua Kaunti Renbu, Dawa Tsering menyatakan bahawa taraf kemahiran doktor dan semangat di hospital kami telah meningkat dengan pesat. Pengetahuan penduduk tempatan juga telah mengalami perubahan yang besar. Mereka akan berjumlah dengan doktor ketika mengidap penyakit. Saya sebagai pegawai kerajaan tempatan berterima kasih banyak kepada doktor tersebut.

Kaunti Renbu Tibet terletak di barat daya China dan bandar Qitaihe terletak di timur lautnya. Tindakan kumpulan perubatan yang membantu Tibet telah merapatkan hubungan antara Tanah Besar dengan Tibet dan hubungan antara penduduk etnik Han dengan penduduk etnik Tibet. Persahabatan antara rakyat kedua-dua etnik Han dan Tibet ini seperti bunga yang tumbuh di dataran tinggi yang telah mekar bersama-sama.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |