v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kehidupan Penganut Islam telah Mengalami Perubahan yang Besar

2008-11-14 10:37:42 CRI

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang terbesar di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik ini berjumlah lebih daripada 8.6 juta orang, dan menduduki tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China. Penduduk etnik Hui tersebar di kawasan yang sangat luas, hingga hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik ini. Mereka hidup secara berkelompok di Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong dan Yunnan. Biasanya mereka tinggal berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.

Wilayah Autonomi Hui Ningxia mempunyai penduduk etnik Hui yang paling ramai jumlahnya. Wilayah ini dikenali sebagai kampung kediaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Oranf etnik Hui ini bersama-sama dengan penduduk etnik lain rajin bekerja dan mereka menjadikan wilayah itu sangat makmur.

Banyak masjid yang dibina begitu lama, dan masjid yang bersejarah lama ini telah dipulihara dengan baik. Selain itu, banyak juga masjid baru yang telah didirikan untuk memenuhi keperluan penganut Islam. Antara masjid tersebut, sejumlah besar daripadanya mempamerkan reka bentuk seni bina Arab yang menonjolkan keistimewaan agama Islam. Masjid yang mewakili ciri ini termasuklah Masjid Nanguan di bandar Yinchuan di Wilayah Autonomi Ningxia. Ratusan ribu orang penganut Islam akan berkumpul di masjid Nanguan ini ketika menyambut hari raya Korban, hari raya Aidilftri atau hari-hari perayaan tradisional Islam yang lain.

Bao Jingui, iaitu seorang penganut agama Islam yang berumur 83 tahun, dan menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nanguan. Beliau mempunyai kewibawaan yang tinggi di kalangan penganut Islam tempatan. Beliau menyatakan bahawa Ningxia telah mengalami perubahan yang besar hasil perpaduan penduduk pelbagai etnik selama 50 tahun yang lalu. Beliau menyatakan bahawa Ningxia telah mengalami perubahan yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Khususnya kerajaan tempatan telah memberikan banyak bantuan dan sokongan kepada pendidikan di kawasan yang mundur. Dengan itu, Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan Bandar Yinchuan telah mencapai kejayaan yang besar dalam aspek pendidikan, perpaduan etnik, persefahaman dan mereka memberikan sokongan antara satu sama lain.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |