v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kehidupan Penganut Islam telah Mengalami Perubahan yang Besar

2008-11-14 10:37:42 CRI

Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik, yang juga Pengarah Jabatan Agama Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Wang Jian menyatakan bahawa pihaknya telah mencapai kemajuan yang besar dalam melaksanakan dasar etnik minoriti, merapatkan perpaduan penduduk yang pelbagai etnik dan meningkatkan pertukaran dan persahabatan dengan negara luar sejak penubuhannya 50 tahun yang lalu. Beliau menyatakan bahawa tahun ini merupakan perayaan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Ningxia China. Usaha kea rah perpaduan kebangsaan dan pertumbuhan sosioekonomi Ningxia telah meningkat dengan pesat selama 50 tahun ini berasaskan pimpinan yang mantap daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Dewan Negara, Jawatankuasa Wilayah Autonomi Ningxia Parti Komunis China, dan kerajaan tempatan serta kegiatan rakyat etnik Hui dan etnik Han yang beranggota lebih 6 juta orang.

Wang Jian menyatakan bahawa pertumbuhan sosioekonomi Wilayah Autonomi ini telah mencapai kejayaan yang besar, manakala pembangunan bandar dan desa juga mengalami perubahan yang besar sejak pembaharuan dan pembangunan dilaksanakan 30 tahun yang lalu, lebih-lebih lagi dalam 5 tahun kebelakangan ini. Jumlah Keluaran Kasar Dalam Negara China setiap tahun meningkat 12% secara purata, manakala jumlah pendapatan penduduk bandar dan desa meningkat 10%. Jumlah pendapatan per kapita penduduk bandar dan desa melebihi 10 ribu yuan RMB dan jumlah pendapatan per kapita di desa meningkat kepada 3 ribu yuan RMB. Pengarah Institut Islam Hui Akademi Sains dan Sosial Ningxia yang juga seorang penyelidik, Ma Ping menyatakan bahawa hubungan antara penduduk etnik Hui dengan penduduk etnik Han di Ningxia berjalan dengan lancer. Kesamarataan antara penduduk etnik Han dan penduduk etnik Hui dapat diperlihatkan apabila kerajaan pusat menubuhkan Wilayah Autonomi Ningxia, yang menjadikan kebanyakan penganut Islam merasa penuh banggga dan yakin sebagai tuan atas negaranya. Dengan yang demikian hubungan antara penduduk etnik Hui dengan penduduk etnik Han dapat diwujudkan pada dasarnya. Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan telah menyediakan banyak keutamaan bagi penduduk etnik Hui yang tinggal di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti dalam proses peningkatan pertumbuhan sosioekonomi. Perkara ini bertujuan untuk membolehkan pembangunan di sana meningkat dengan lebih pesat. Orang etnik Hui dan etnik Han kini saling memahami, dan saling menghormati masing-masing. Perkara ini meningkatkan asas hubungan budaya antara etnik Hui dengan etnik Han.

Tanidra etnik Hui " Lagu Etnik Hui" dan " Ningxia Amat Indah" telah dipersembahkan dalam pesta kesenian etnik minoriti China dan mendapat sambutan yang baik. Filem TV Etnik Hui China yang ditayangkan sekarang ini membentangkan secara menyeluruh sejarah, budaya dan adat resam etnik Hui. Di samping itu, 8 pasal warisan budaya kalangan rakyat etnik Hui termasuk alat-alat muzik, fesyen pakaian etnik Hui telah disenaraikan dalam warisan bukan benda budaya peringkat negara.

Pengerusi Wilayah Autonomi Ningxia, Wang Zhengwei semasa diwawancara oleh media menyatakan bahawa hubungan perpaduan antara penduduk pelbagai etnik di Ningxia telah meningkat dan mereka hidup dengan harmoni. Pertumbuhan ekonomi Ningxia juga telah meningkat dengan pesat sejak penubuhannya 50 tahun yang lalu, hingga Ningxia menjadi contoh dalam aspek perpaduan etnik di seluruh negara China.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |