v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wuzhong di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China Berusaha Menjadi Pusat Pengeluar Utama Makanan Islam China
2008-09-23 18:54:20 CRI

Persatuan Tukang Masak China baru-baru ini telah menghantar kumpulan tinjauan ke bandar Wuzhong, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia untuk mengadakan penilaian terhadap bandar itu yang memohon menjadi pusat pengeluar utama makanan Islam China. Kumpulan tersebut terdiri daripada 5 orang anggota, termasuk Ma Fuyun, penasihat Persatuan Islam China merangkap Pengerusi Jawatankuasa Islam Persatuan Tukang Masak China. Yan Yu, Naib Pengerusi Persatuan Tukang Masak China. Ting Wanhua, anggota Jawatankuasa Tetap dan juga Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Agama Majlis Permesyuaratan Politik Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Ma Zhihe, tukang masak yang tersohor dan juga Pengurus Besar Syarikat Restoran Dongshunxing Beijing dan Ma Mingjun, Pengurus Restoran Tongshengxiang bandar Xian China.

Kumpulan tinjauan tersebut telah mendengar permohonan yang dikemukakan oleh Naib Datuk Bandar Wuzhong, Yang Shuqing. Para anggota kumpulan itu telah mengadakan perbincangan, interaksi dan tinjauan terhadap ciri-ciri makanan tradisional, perkembangan perusahaan, pendidikan tenaga profesional, ciri penggunaan, pentadbiran, rancangan pembangunan dan lain-lain di bandar Wuzhong dalam bidang tersebut. Kumpulan tinjauan berpendapat bahawa ciri-ciri dan industri makanan Islam di Wuzhong agak istimewa dan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

Pertama, Sejarah agama Islam di bandar Wuzhong sudah lama dan industri makanan Islam di bandar itu juga agak maju. Wuzhong merupakan sebuah bandar yang bersejarah lama dan mempunyai kebudayaan yang cemerlang. Wuzhong telah menjadi pusat perdagangan sejak zaman kuno dan mempunyai lokasi yang penting dalam Laluan Sutera. Terdapat kebudayaan Sungai Kuning, kebudayaan Dinasti Xixia, kebudayaan Islam dan kebudayaan Lingzhou yang amat bersejarah di Wuzhong. Wuzhong merupakan kawasan kediaman secara berkelompok bagi umat Islam. Umat Islam Hui menduduki kira-kira 50% daripada jumlah penduduk di bandar itu. Umat Islam sudah lama tinggal di kawasan itu, kebudayaan Islam di Wuzhong agak unik dan suasana perkembangan agama Islam di kawasan itu agak baik.

Makanan Islam di Wuzhong amat unik disebabkan faktor geografi, iklim, ekonomi dan agama Islam yang agak istimewa di kawasan itu. Pasaran makanan Islam di Wuzhong amat besar.

Wuzhong merupakan salah sebuah tempat asal makanan Islam di China. Pada zaman Dinasti Song dan Dinasti Xixia, terdpat ramai pedagang dari Parsi dan Timur Tengah bermastautin di Wuzhong. Mereka telah memperkenalkan makanan Islam dari Parsi dan Timur Tengah ke Wuzhong. Seterusnya, umat Islam di Wuzhong telah menggabungkan ciri-ciri makanan daripada etnik-etnik Han, Mongol, Manchu dan lain-lain dan mewujudkan makanan Islam yang unik di Wuzhong.

Makanan Islam di Wuzhong mempunyai kepelbagaian. Terdapat lebih 600 jenis makanan yang dimasak daripada daging kambing, lembu, arnab, ayam-itik, hasil perhutanan dan lain-lain di bandar itu. Kebanyakan makanan Islam dari Wuzhong amat terkenal di dalam dan luar negara China. Terdapat sejenis teh Islam di Wuzhong yang disebut sebagai teh Babao sangat terkenal di China. Teh itu diperbuat daripada kurma, walnut, daun teh, kismis dan lain-lain dan sangat baik untuk penjagaan kesihatan.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |