v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wuzhong di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China Berusaha Menjadi Pusat Pengeluar Utama Makanan Islam China
2008-09-23 18:54:20 CRI

Pasaran makanan Islam di Wuzhong sangat besar. Jumlah jualan makanan Islam di bandar itu mencapai kira-kira 400 juta yuan RMB pada setiap tahun. Restoran Islam menduduki lebih 90% daripada jumlah restoran di Wuzhong. Terdapat 2553 buah restoran Islam daripada lebih 3000 buah restoran di bandar itu merupakan restoran Islam. Banyak restoran Islam di Wuzhong menjadi restoran Islam yang terkenal di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China. Pada masa sekarang, terdapat lebih 60 jenis makanan Islam dari Wuzhong telah dianugerahkan sebagai makanan ringan yang terkenal di China. Selain itu, lebih 60 jenis makanan di Wuzhong juga telah dianugerahkan sebagai makanan ringan yang terkenal. Sementara itu, 3 buah restoran Islam di Wuzhong turut dianugerahkan sebagai restoran yang terkenal di China.

Wuzhong mempunyai ramai tukang masak Islam yang tersohor, terdapat ramai tukang masak dari Wuzhong telah meraih hadiah dalam pertandingan tukang masak antarabangsa.

Iklim yang baik telah menyediakan bahan yang bermutu tinggi untuk industri makanan Islam di Wuzhong. Wuzhong merupakan kawasan penternakan dan pertanian yang terkenal di Ningxia. Tepung gandum dan beras dari Wuzhong telah mendapat sambutan yang baik dalam pasaran di bahagian barat laut China. Daging lembu dan kambing dari bandar itu sangat terkenal di seluruh China. Selain itu, buah-buahan, bawang putih, lada dan lain-lain yang dihasilkan dari Wuzhong juga bermutu tinggi dan amat terkenal. 

Pada tahun 2005, jumlah lembu tenusu yang dipelihara di Wuzhong mencapai 112.4 ribu ekor, jumlah kambing mencapai 3.5 juta ekor dan jumlah lembu biasa mencapai 365 ribu ekor. Jumlah penghasilan daging lembu dan kambing di Wuzhong mencapai lebih 80 ribu tan pada tahun itu. Terdapat 21 buah perusahaan memproses daging halal di Wuzhong, 3 daripada 21 buah perusahaan tersebut telah diberikan permit untuk berurus niaga dalam bidang import-eksport. Perusahaan-perusahaan tersebut menghasilkan 40 ribu tan makanan halal pada setiap tahun, jumlah nilainya ditaksirkan mencapai 400 juta yuan RMB. Lebih 120 jenis makanan halal yang dihasilkan daripada perusahaan-perusahaan tersebut telah dijual ke pelbagai tempat di China, termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan lain-lain.

Wuzhong telah giat meningkatkan pembangunan pangkalan industri untuk memajukan industri makanan halal di bandar itu. bandar itu telah mengemukakan rancangan pembangunan industri makanan halal dan barangan keperluan hidup umat Islam.

Wuzhong telah menubuhkan zon industri makanan halal dan barangan keperluan hidup umat Islam di kawasan bandar tersebut. Selain itu, Wuzhong telah menubuhkan pusat kajian makanan halal dan barangan keperluan hidup umat Islam. Wuzhong telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai negara Islam yang lain termasuk Malaysia untuk mengemukakan makanan halal dari bandar itu ke pasaran antarabangsa.

Pada Februari tahun 2005, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Etnik dan Agama Bandar Wuzhong telah bekerja dengan perusahaan yang lain untuk menubuhkan pusat kajian makanan halal Wuzhong. Setakat ini, pusat itu telah mencipta 3 jenis makanan ringan halal dan 12 jenis makanan halal yang baru. 2 jenis makanan daripada makanan-makanan tersebut telah dihadiahkan pingat emas dalam Pesta Tukang Masak China ke-13. Pada tahun 2006, Wuzhong telah dianugerahkan sebagai "Pusat pembangunan industri makanan halal dan barangan keperluan hidup umat Islam di China'. Bandar Wuzhong telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan industri makanan halal di Ningxia bahkan di seluruh China.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Wuzhong telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap perkembangan industri makanan halal di bandar itu. Kerajaan bandar tersebut telah menggubal pelbagai dasar keutamaan bagi industri makanan halal, mengaitkan makanan halal dengan sektor pelancongan untuk memajukan sosioekonomi di bandar itu.

------Andika


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |