v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Memberi Perhatian Berat terhadap Pembangunan Sosioekonomi di Ningxia Bahagian Kedua

2008-10-16 16:54:42 CRI

Apabila kerajaan China mengamalkan dasar pembangunan bahagian barat, Wilayah Autonomi Hui Ningxia mengambil peluang itu untuk berusaha memajukan sosioekonomi di wilayah tersebut berasaskan sains.
Jumlah KDNK, pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan kaum tani di Ningxia agak tinggi berbanding beberapa provinsi di bahagian barat pada tahun 2007. Kadar pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut lebih tinggi berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi nasional. Selain itu, jumlah penjanaan tenaga elektrik perkapita wilayah itu tertinggi iaitu yang pertama di China, dan jumlah pengeluaran arang batu perkapitanya yang ketiga banyaknya.
Bekas Presiden China Jiang Zemin ketika mengadakan lawatan kerja ke Ningxia pada Jun 2006 menegaskan bahawa pembangunan bahagian barat merupakan dasar yang penting untuk negara. Kerajaan perlu menyediakan dasar keutamaan dari segi kewangan, kutipan cukai, pelaburan asing, perdagangan luar, tenaga profesional, sains dan teknologi serta pendidikan di wilayah tersebut.
Ningxia yang dikenali sebagai pusat tanaman buah wolfberry China dan pusat ubi kentang mempunyai sumber tenaga yang kaya. Sedangkan, keadaan ekologi di wilayah itu amat buruk dan sumber airnya agak berkurang.
Presiden China Hu Jintao ketika berkunjung ke Ningxia pada Jun 1995 dan Mei 2000 menegaskan bahawa kerajaan pelbagai peringkat di Ningxia perlu mengutamakan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pembaharuan dan menggunakan keunggulan tempatan agar menjamin ekonomi di wilayah itu berkembang secara berterusan, pesat dan sihat.
Ketika kali ketiga mengadakan lawatan kerja ke Ningxia pada April 2007, Presiden Hu menegaskan bahawa wilayah itu perlu mengambil peluang pelaksanaan dasar pembangunan bahagian barat, dengan berusaha membangunkan desa baru, mengubahsuai cara pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pembaharuan dan menyediakan pos pekerja yang lebih banyak mereka itu perlu menyediakan jaminan sosial untuk penduduk serta berusaha mengatasi kemiskinan. Selain itu, beliau meminta kerajaan Ningxia menangani dengan baik hal ehwal etnik dan agama Islam di wilayah tersebut agar keharmonian masyarakat dapat berkekalan.
Dengan sokongan kerajaan pusat, Ningxia berusaha mengembangkan industri arang batu mulai pada tahun 2002. Industri tersebut menjadi tunggak kepada pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut.
Semasa meninjau ke pusat sumber tenaga dan industri kimia Ningdong, Presiden itu menegaskan bahawa Ningxia kaya dengan sumber arang batu, gali-galian dan sumber air dari Sungai Kuning. Selain itu, pemandangan alam, sejarah, kebudayaan dan adat resam etnik di wilayah itu juga amat unik. Ningxia perlu berusaha menjayakan pembangunan pusat sumber tenaga dan industri kimia Ningdong serta memajukan sektor perdagangan dan pelancongan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Dewan Negara China mahukan pelbagai kementerian meningkatkan sokongan terhadap Ningxia dan membantu wilayah itu menggubal rancangan pembangunan jangka panjang. Pada 20 Ogos lalu, Dewan Negara telah meluluskan Beberapa Cadangan untuk Mendorong Pembangunan Sosioekonomi Ningxia.
1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |