v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Memberi Perhatian Berat terhadap Pembangunan Sosioekonomi di Ningxia Bahagian Kedua

2008-10-16 16:54:42 CRI


Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, jumlah ekonomi Ningxia telah meningkat 59 kali ganda. Setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, khususnya setelah dasar pembangunan barat dilaksanakan, ekonomi di Ningxia berkembang dengan lebih pesat.
Keadaan ekologi di Ningxia amat buruk. Jumlah hujan di wilayah itu amat kurang dan banyak tanahnya bertukar menjadi padang pasir. Keadaan ekologi di kawasan Xihaigu adalah paling buruk di wilayah Ningxia. Parti Komunis dan kerajaan China berusaha memperbaiki keadaan ekologi itu supaya dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut.
Masalah tanah yang bentukan menjadi padang pasir di Ningxia amat menarik perhatian kerajaan pusat. Presiden China Hu Jintao beberapa kali mengadakan lawatan kerja ke padang pasir di Ningxia dan meminta pandangan pakar mengenai cara mencegahnya. Pada Mei 2005, Presiden China Hu Jintao telah menziarahi pekerja cemerlang kebangsaan dalam bidang mencegah tanah menjadi pasir, Bai Chunlan. Dalam pertemuan itu, Presiden Hu menegaskan bahawa keberkesanan ekologi dan ekonomi amat penting dalam usaha memperbaiki keadaan alam sekitar. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan dalam jumlah besar untuk menjayakan usaha tersebut berdasarkan sains dan teknologi yang maju.
Kehidupan rakyat di Ningxia sentiasa menarik perhatian pemimpin-pemimpin negara. Pada April 2007, Presiden China Hu Jintao melawat Xihaigu yang merupakan kawasan paling mundur di wilayah itu. Beliau menegaskan bahawa kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang lebih untuk pembangunan sosioekonomi dan peningkatan taraf hidup penduduk di desa agar berjaya mengatasi kemiskinan dengan secepat mungkin.
Usaha daripada kerajaan untuk mengatasi kemiskinan di Xihaigu amat berjaya. Jumlah penduduk yang hidup susah di kawasan itu telah menurun daripada 1398 ribu orang pada tahun 1993 kepada 50 ribu pada masa sekarang. Pada tahun 2007, jumlah pendapatan perkapita kaum tani di Xihaigu mencatat 2215 yuan RMB dan meningkat 12.2% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan pendapatan kaum tani di kawasan itu adalah paling pesat di Ningxia.
Pendidikan di wilayah itu juga kian maju. Kadar kemasukan kanak-kanak ke sekolah menengah rendah di Ningxia mencatat lebih 80% dan lebih tinggi 5.6% daripada tarafnya di seluruh negeri. Terdapat lebih 20% lepasan sekolah menengah di Ningxia dapat mengikuti pengajian di institusi peringkat tinggi. Sementara itu, lebih 85% kaum tani di wilayah itu dapat menikmati kemudahan perubatan kerjasama desa dan sistem jaminan sosial yang melibatkan semua penduduk di bandar dan desa. Sehingga kini, sebanyak 187 buah pekan di Ningxia telah mempunyai pusat kegiatan seni budaya untuk penduduk. Keluasan padang pasir di Ningxia telah berkurang dari 1.65 juta hektar pada awal tahun 1980-an kepada 1.18 juta hektar pada masa sekarang. Ia menjadi wilayah pertama di China yang mencapai matlamat dapat mengurangkan keluasan padang pasir. Taraf hidup penduduk pelbagai etnik di Ningxia juga meningkat secara ketara. Dalam tempoh 50 tahun yang lalu sejak Wilayah Autonomi Hui Ningxia ditubuhkan, penduduk pelbagai etnik di wilayah itu hidup bersatu padu, tolong-menolong dan sama-sama berusaha untuk memajukan sosioekonomi di wilayah tersebut.
------Andika
1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |