v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Kekalkan Kedudukan Pingpong Terkenal di Dunia
2006-02-03 14:31:38 CRI

Sidang Menimba Pertandingan Liga Pingpong China 2005 diadakan di Beijing baru-baru ini. Sidang tersebut memberi pernilaian tentang keadaan perkembangan pertandingan liga Pingpong China. Para peserta menyatakan bahawa melalui usaha selama tujuh tahun, pertandingan liga Pingpong China telah menjadi pertandingan acara Pingpong antarabangsa. Naib Ketua Pengarah Pusat Acara Pingpong Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Zhang Xiaopeng berkata, "Pertandingan Liga Pingpong China merupakan pertandingan antarabangsa dari aspek prestasi para peserta, kesengitan pertandingan dan penyertaan warga asing."

Pada tahun 1999, bekas johan dunia acara Pingpong China Cai Zhenhua dilantik sebagai Ketua Pengarah Pusat Badminton dan Pingpong Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China. Beliau menganjurkan bahawa China mempunyai ramai jaguh Pingpong dunia dan peminat acara Pingpong, oleh itu, China harus berusaha menjadikan pertandingan liga Pingpong China sebagai pertandingan antarabangsa peringkat tertinggi.

Pertandingan Liga Pingpong China Pertama diadakan pada tahun 1999 dan sekarang telah menjadi pertandingan yang amat berpengaruh di China. Pada tahun 2005, sebanyak 12 buah kelab Pingpong menyertai pertandingan tersebut dan telah menarik perhatian para peminat Pingpong di China. Lan Ping merupakan seorang peminat Pingpong di Beijing, beliau berkata, "Saya menonton Pertandingan Liga Pingpong pada setiap hari Ahad. Saya berpendapat bahawa peringkat pertandingan tersebut tidak kurang hebatnya dengan berbanding pertandingan Pingpong dalam sukan Olimpik."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |