v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Kekalkan Kedudukan Pingpong Terkenal di Dunia
2006-02-03 14:31:38 CRI

China merupakan negara hebat dalam acara Pingpong di dunia. Pertandignan Liga Pingpong setanding dengan Kejohanan Pingpong Dunia dan pertandingan dalam Sukan Olimpik. Oleh itu, Pertandingan Liga China berjaya menarik perhatian para pemain Pingpong terkenal di dunia. Pada musim pertandingan tahun 2005, seramai 14 orang peserta asing menyertai pertandingan tersebut, antaranya termasuklah Timo Boll dari Jerman, Michael Maze dari Denmark, Ryu Seung Min, Oh Sang Eun dan Joo Se Hyuk dari Korea Selatan, Koji Matsushita, Fujinuma Ai dan Konishi An dari Jepun dan lain-lain. Naib Ketua Pengarah Pusat Acara Pingpong dan Badminton Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Zhang Xiaopeng berkata, "Kami berusaha menjadikan Pertandingan Liga Pingpong China sebagai pertandingan terkenal di dunia. Oleh itu, tidak memadai sekurang peserta China sahaja yang menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan itu harus menarik penyertaan peserta asing. Seramai 14 peserta asing telah menyertai pertandingan tersebut pada tahun lalu dan jumlah itu menjadi paling ramai berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Penyertaan mereka menjadikan Pertandingan Liga Pingpong China menarik perhatian di arena antarabangsa."

Penyertaaan perserta terkenal asing dalam Pertandingan Liga Pingpong China bukan sehaja berfaedah dalam memberikan keuntungan ekonomi dan sisoal, tetapi juga menarik perhatian pihak media negara asing serta meningkatkan kepopularan Pertandingan Liga Pingpong China di luar negara.

Selain itu, pemain China juga boleh bertukar-tukar pengalaman dengan peserta asing melalui pertandingan tersebut dan meningkatkan prestasi masing-masing.

Walaupun Pertandingan Liga Pingpong China telah menjadi pertandingan peringkat antarabangsa,akan tetapi sekiranya ingin menjadikan pertandingan tersebut bertaraf antarabangsa dan terkenal di dunia, pelbagai bidang harus disempurnakan. Encik Zhang Xiaopeng berkata, "Sekiranya Pertandingan Liga Pingpong China ingin menjadi pertandingan peringkat antarabangsa yang terkenal di dunia, harus mempunyai dua syarat iaitu peringkat tertinggi dan kedua ialah sistem operasi pasaran. Pertandingan Liga Pingpong tentu telah mempunyai syarat pertama. Kami harus berusaha meningkatkan penyempurnaan kelab."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |