
Wakil Program Pembangunan PBB (UNDP) ke China, Encik Khalid Malik yang sentiasa ghairah dengan usaha hijaunya telah tiba di Shanghai China pada petang 7 Julai yang lalu setelah menghadiri beberapa persidangan dan aktiviti yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar di 7 tempat di dunia.
Beliau telah memberikan penilaian yang tinggi terhadap kerajaan dan rakyat China atas usaha mereka dalam menangani perubahan iklim, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan sumber tenaga.

Ketika menyentuh tentang Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, Encik Khalid Malik menyatakan bahawa pihak UNDP telah mencapai persepakatan dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi berkongsi pengalaman maju di peringkat antarabangsa dalam bidang perlindungan alam sekitar dengan China dalam tempoh persiapan Sukan Olimpik 2008.
1 2
|