v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

UNDP Bersedia Bantu China Jayakan Sukan Olimpik Beijing yang Hijau
2007-07-11 12:51:45 CRI

Penyelenggaraan Sukan Olimpik Beijing telah menyediakan peluang yang baik bagi meningkatkan kesedaran rakyat negara ini terhadap perlindungan alam sekitar. Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 Fuwa yang masing-masing mewakili lima jenis unsur asas di dunia alam semula jagi dan empat jenis haiwan dari kawasan yang berlainan di China itu dapat memperlihatkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekitar. Dimaklumkan, pihak UNDP akan membantu Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menganjurkan siri aktiviti yang bertemakan Fuwa bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap alam sekitar, antaranya termasuk penciptaan kartun yang menjadikan maskot Sukan Olimpik Beijing sebagai watak utama untuk disiarkan melalui pelbagai stesen TV dan skrin besar di gelanggang akan digunakan untuk Sukan Olimpik.

Kerajaan bandar Beijing sentiasa menjalankan usaha yang gigih untuk membangunkan pengangkutan "hijau" untuk menghadapi cabaran daripada keperluan pengangkutan awam yang semakin meningkat. Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, pihak UNDP akan bekerjasama dengan Biro Pentadbiran Pengangkutan Beijing, dan menyediakan kenderaan yang menggunakan bateri sel kering yang disumbangkan oleh UNDP dan Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) bagi mempromosi pengangkatan awam yang bersih. Kenderaan itu akan digunakan untuk menghantar atlet di antara gelanggang Sukan Olimpik. Usaha itu akan bermanfaat bagi China untuk menunaikan janjinya bagi penggunaan sumber tenaga yang dapat dibaharui.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |