v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG)
2007-09-27 16:04:01 CRI


Liu Wenbin, Naib Ketua Jabatan Olahraga BOCOG memperkenalkan proses penggubalan agenda pertandingan Sukan Olimpik Beijing kepada wartawan CRI: "Kami terlebih dahulu telah mempertimbangkan kaedah untuk menjamin para atlet supaya dapat mencipta hasil yang terbaik. Selain itu, kami juga mengumpulkan pendapat daripada pelbagai pihak yang berkaitan seperti persatuan acara olahraga antarabangsa dan akhirnya siaran TV. Langkah pertama dalam tugas kami menetapkan agenda setiap hari dan seterusnya menetapkan waktu pertandingan setiap acara. Misalnya, acara 100 meter lelaki, kami akan membahagikan para atlet kepada beberapa kumpulan dan beberapa tahap. Proses itu amat sukar."



Seiring dengan pelaksanaan tugas BOCOG, jumlah kakitangannya juga semakin bertambah ramai. Petugas yang bertanggungjawab terhadap urusan acara pertandingan sahaja berjumlah hampir 800 orang. Selain itu, Jabatan Olahraga akan menerima seramai lebih sepuluh ribu orang sukarelawan.



Zhang Yanpeng, sukarelawan yang bertugas di Jabatan Sukarelawan BOCOG berpendapat bahawa kebanyakan tugas dalam BOCOG memerlukan penyertaan sukarelawan. Tugas Zhang Yanpeng sekarang iaitu menyediakan perkhidmatan informasi kepada mereka yang menelefon untuk bertanyakan tentang tugas sukarelawan.



Beliau berkata: "Pengalaman setiap hari di sini sukar dilupakan. Terdapat datuk dan nenek yang berumur lebih 70 tahun juga ingin mendaftarkan nama sebagai sukarelawan. Kami terpaksa menolak pemohonan mereka secara bersopan. Saya menganggap perkhidmatan sukarelawan satu semangat yang luhur".

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |