v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG)
2007-09-27 16:04:01 CRI


Wu Jingbo, Naib Ketua Jabatan Perkampungan Sukan Olimpik BOCOG ketika memperkenalkan reka bentuk tentang bilik Perkampungan Sukan Olimpik berkata: "Kami terlebih dahulu mempertimbangkan bagaimana memudahkan para atlet. Kami membuat katil yang agak besar dan menyediakan lagi satu sofa supaya mereka dapat beherat dan tidur dengan baik. Kami membuat reka bentuk yang lebih teliti untuk memenuhi piawaian pihak Paralimpik, misalnya pemegang almari dan laci kesemuanya direka bentuk untuk memudahkan atlet kurang upaya."



Kakitangan BOCOG memberitahu wartawan CRI bahawa mereka akan meletakkan sebuah lukisan di dalam setiap bilik Perkampungan Olimpik Beijing. Lukisan-lukisan itu dihasilkan oleh kanak-kanak China yang mencerminkan impian mereka tentang Sukan Olimpik Beijing yang hijau. Fungsinya bukan sahaja dapat menghiasi bilik, tetapi juga sebagai satu cendermata khas kepada tetamu.



BOCOG juga bertanggungjawab terhadap kerja persiapan Paralimpik.



Puan Li Ling, Ketua Jabatan Paralimpik Beijing berkata: "Para peserta Paralimpik mempunyai keinginan yang mudah iaitu mewujudkan nilai hidup supaya mereka dapat berdikari. Saya berpendapat bahawa mereka sentiasa diberi perhatian oleh orang ramai. Paralimpik mencerminkan kecintaan orang ramai kepada orang kurang upaya."



Kami mengalu-alukan saudara pendengar datang ke Beijing semasa perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008 nanti dan merasai perkhidmatan yang memuaskan disediakan oleh petugas BOCOG.



----AZMI


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |