Di bandar Chongqing, bahagian barat China, terdapat sebuah jalan yang dipanggil "Jalan Orang Asing" yang menarik kedatangan ramai orang luar negara. Kehidupan mereka di jalan tersebut bermacam-macam, seperti membuka bar dan restoran atau menjadi pensyarah bahasa asing dan sukarelawan. Boleh dikatakan bahawa mereka telah membentuk kerjaya dan menikmati kehidupan masing-masing di Chongqing, di samping itu juga telah menyaksikan pembangunan pesat bandar tersebut.
Clifford Yasay dari A.S. telah membuka sebuah bar beriadah di Jalan Orang Asing pada tahun 2006. Berbanding dengan bar-bar yang lain, minum wain bukan perkara yang paling penting di sana, sebaliknya beriadah. Di dalam bar tersebut disiarkan pelbagai program TV mengenai acara sukan dan ditempatkan alat-alat senam. Semasa memperkatakan mengenai pembukaan bar tersebut, Clifford Yasay memberitahu pemberita kami bahawa bar itu bukan permulaan kerjayanya. Pada tahun 2004, dia pernah membuka sebuah restoran di kawasan komersial di bandar Chongqing. Namun, restoran itu dikendalikan dengan tidak baik. Tetapi akhir sekali dia tetap memutuskan untuk tinggal di bandar tersebut.
Katanya:"Saya tak mahu meninggalkan Chongqing pada masa itu, jika terus tinggal di sini, kehidupan saya pasti akan dibaiki dan kerjaya saya pun begitu."
Menurut Clifford Yasay, urus niaga sama seperti kehidupan, harus ditingkatkan dari semasa ke semasa. Ketika baru datang ke Chongqing, dia tidak mengetahui bahasa Mandarin. Kini, dia boleh mengeluarkan pandangannya dengan bahasa Mandarin. Selain menyesuaikan diri dengan cara hidup Chongqing termasuk makanan yang pedas, dia juga teleh mengubah rasa makanan Barat kepada rasa pedas. Sekarang, urus niaganya dikendalikan dengan baik dan barnya kian hari kian terkenal di Jalan Orang Asing.
Puan Wendy Moss yang berumur 52 tahun dari Australia telah membuka sebuah kedai hot pot di Jalan Orang Asing yang mengutamakan masakan tempatan Chongqing. Dia berkata bahawa setelah berkunjung ke bandar-bandar yang lain di China, dia paling suka akan Chongqing. Dengan demikian, Wendy Moss mahu menyesuaikan diri dengan cara hidup penduduk Chongqing. Dia menyatakan: "Saya pernah berkunjung ke Beijing, Shanghai, Hong Kong, Chengdu, tetapi, saya amat menyukai Chongqing. Saya sudah mengenali sejumlah kawan di sini. Chongqing mempunyai daya tarikan yang istimewa dan keadaannya amat berbeza daripada kampung halaman saya. Saya akan terus tinggal di sini."
Dari sudut pandangan orang tempatan, orang asing yang mengurusniagakan hot pot di Chongqing pasti tidak profesional. Tetapi, Wendy Moss tidak berpendapat sebegitu. Menurutnya, dia telah memperkenalkan hot pot dengan rasa Barat kepada penduduk Chongqing. Sekarang kedainya telah mendapat sambutan baik di jalan tersebut.
1 2
|