Selain membentuk kerjaya di Jalan Orang Asing, majikan-majikan dari luar negara juga menikmati kehidupan mereka. Mereka beranggapan bahawa Chongqing merupakan sebuah bandar yang terbuka. Menurut Clifford Yasay, hubungan antara staf dengannya seolah-olah adik-beradik dan senang ditangani. "Penduduk tempatan amat peramah dengan saya. Adakalanya mereka membawa saya berkunjung ke pelbagai tempat dan memberi bantuan kepada saya", katanya.
Puan Wendy Moss juga telah menceritakan pengalamannya untuk membuktikan bahawa penduduk Chongqing bersifat peramah. Katanya: "Ketika mengalami kesukaran dalam kehidupan, pastilah ada penduduk tempatan yang berbahasa Inggeris membantu saya, seperti sesat jalan."
Rebecca Cohen, seorang perempuan dari Australia yang membuka kedai teh dan restoran di Jalan Orang Asing merupakan editor akhbar kawasan perumahan Chongqing, sementara itu juga mengajar kanak-kanak Inggeris di sekolah rendah dan tadika. Pengalaman tersebut telah membuatkannya mengenali banyak sahabat. Emosi penduduk Chongqing yang bersifat peramah telah menyentuh hatinya. Dia berkata: "Kebanyakan sahabat saya ialah orang China. Selain berkenalan dengan orang Chongqing, saya juga mengenali anggota keluarga mereka. Ibu bapa dan saudara mereka selalu mempelawa saya berkunjung ke rumah mereka. Ini berasa sangat baik."
Menurut Rebecca Cohen, ramai orang asing telah memberi penilaian tinggi terhadap hubungan antara pelbagai anggota keluarga China setelah mereka memahami akan konsep orang China terhadap keluarga. Di bandar Chongqing, orang asing lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan tempatan.
Clifford Yasay, Wendy Moss, Rebecca Cohen dan kawan-kawan dari luar negara yang lain di Jalan Orang Asing merupakan penyaksi pembangunan pesat bandar Chongqing. Kata lifford Yasay: "Saya suka akan Chongqing. Setiap hari pun mengalami perubahan yang terkini. Banyak bangunan sedang dibina dan terdapat banyak kedai yang baru dibuka. Setiap hari ada perbezaan, saya menyukai perubahan."
Rebecca Cohen juga memberitahu pemberita kami bahawa dia selalu memperkenalkan bandar Chongqing kepada kawan-kawannya di Australia. Menurutnya, hanya datang ke bandar yang bersejarah agak lama lagi moden tersebut, anda baru akan berasa pembangunan pesat bandar itu. Katanya: "Saya rasa, perubahan yang paling besar ialah pertumbuhan ekonomi. Banyak projek sedang dibina, banyak tempat sedang dibaikpulih dan kawasan baru sedang dibangunkan. Pendek kata, tinggal menetap di Chongqing, anda akan menyaksikan banyak perubahan yang besar dalam masa setahun."
Chongqing yang pemandangannya indah dan pembangunannya pesat telah menarik kedatangan ramai orang luar negara, seperti Clifford Yasay, Wendy Moss dan Rebecca Cohen. Walaupun wujudnya halangan bahasa, tetapi tabiat orang Chongqing yang bersifat peramah dan tulus ikhlas telah membuatkan mereka seolah-olah berada di kampung sendiri. ----Selina 1 2
|