v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Tayangan Perdana Filem "Olimpik untuk Seorang" Diadakan
2008-06-12 09:39:57 CRI

Pada tahun 1932, atlet acara lari pecut China Liu Changchun telah mewakili China menyertai Sukan Olimpik Ke-10 yang diadakan di Los Angeles seorang diri. Acara tayangan perdana filem "Olimpik untuk Seorang" yang menceritakan pengalaman Liu Changchun telah diadakan di Beijing pada 16 Mei yang lalu. Ini merupakan filem pertama di China yang bertemakan sukan olimpik.

Pada tahun 1908, sebuah majalah yang sangat terkenal di China, "Belia Tianjin" pernah mengemukakan tiga pertanyaan kepada masyarakat China, iaitu: Bila orang China mula menyertai Sukan Olimpik? Bila China dapat memenangi pingat pertama dalam Sukan Olimpik? dan Bila China dapat menganjurkan Sukan Olimpik? Filem "Olimpik untuk Seorang" telah menjawab pertanyaan pertama dalam majalah tersebut.

Ketika Jepun menduduki tiga provinsi di timur laut China pada tahun 1931, Liu Changchun ialah seorang mahasiswa Universiti Timur Laut China. Beliau sangat pantas dalam acara lari pecut dan pernah mengalahkan atlet Jepun dan menjadi johan dalam Sukan Bahagian Utara China. Namun, situasi tempatan pada masa itu memaksa beliau menghentikan semua latihan. Sebelum kembali ke Jerman, tanah airnya, jurulatih Liu Changchun menggalakkan beliau menyertai Sukan Olimpik. Atas sokongan pelbagai pihak, kontinjen China yang hanya terdiri daripada Liu Changchun seorang diri itu, telah muncul pertama kali dalam upacara perasmian Sukan Olimpik, iaitu di Los Angeles.

Dalam filem tersebut, disebabkan kepenatan oleh perjalanan yang jauh serta terpaksa segera menyertai pertandingan ketika beliau baru sahaja tiba di Los Angeles, Liu Changchun gagal memasuki pusingan kedua acara lumba lari 100 meter dan 200 meter.

Meskipun begitu, para penonton amat terharu dengan semangat olimpik yang diperlihatkan oleh Liu Changchun, hasilnya menjadi tidak begitu penting lagi. Penonton-penonton turut menyatakan:

"Filem ini sangat menggalakkan kami. Liu Changchun seorang diri pergi ke Los Angeles untuk menyertai Sukan Olimpik. Beliau telah mewakili semangat dan ketabahan orang China. Kami juga ingin menyampaikan rasa prihatin kami kepada rakyat di kawasan bencana Sichuan. Kami berharap mereka juga dapat mengekalkan ketabahan dan membangkitkan kembali semangat mereka dengan secepat mungkin untuk membina semula kampung halaman mereka."

"Sebagai generasi muda China, saya merasa sangat terangsang. Sekarang larian obor Sukan Olimpik sedang diadakan di China. Saya berharap mangsa-mangsa di kawasan bencana serta setiap warga China dapat mengekalkan semangat olimpik dan ketabahan hati."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |