v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Tayangan Perdana Filem "Olimpik untuk Seorang" Diadakan
2008-06-12 09:39:57 CRI

Meskipun filem "Olimpik untuk Seorang" berakhir dengan kesesalan, filem itu tetap mengharukan ramai penilai filem. Seorang penilai filem juga menyatakan bahawa biasanya beliau tidak mudah terharu oleh sebuah filem sukan. Tetapi, filem "Olimpik untuk Seorang" ini sangat mengharukannya. Seorang pegawai Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China menyatakan bahawa filem ini memperlihatkan semangat bangsa China yang bersatu padu dan tabah telah mencapai kejayaan bagi filem sukan. Penilai filem profesional yang juga Naib Ketua Editor Majalah "Filem", Weng Yanran menyatakan:

"Filem ini memperlihatkan cerita tentang seorang atlet dan juga tentang satu bangsa. Pada masa itu, China adalah sebuah negara yang lemah. Proses perkembangan Liu Changchun juga mewakili proses perkembangan China. Saya merasa sangat terangsang semasa menonton filem ini. Lebih-lebih lagi ketika beliau menyertai lumba lari 100 meter, saya pun terasa ingin berlari bersama-sama beliau. Sayang sekali, beliau hanya menjadi peserta yang terakhir dalam perlumbaan itu. Pada permulaannya, beliau berlari pesat sekali, tetapi akhirnya dipotong oleh atlet-atlet yang lain."

Artis terkenal China, Sun Haiying, Wu Dawei, Hu Jun dan lain-lain telah melakonkan watak dalam filem itu. Penyusun cerita filem itu, Wang Xingdong juga telah mencipta banyak karya yang sangat terkenal di China. selepas upacara tayangan perdana, pengarah filem tersebut, Hou Yong menyatakan:

"China akan menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun ini. Tiga impian tentang Sukan Olimpik akhirnya tercapai sekarang. Tetapi proses yang dilalui sangat susah, seperti proses Liu Changchun untuk menyertai Sukan Olimpik."

Artis Li Zhaolin telah berjaya melakonkan watak Liu Changchun dalam filem itu. Beliau ialah atlet kelas dua kebangsaan dan sekarang sedang belajar di fakulti persembahan Institut Drama Pusat. Persembahannya mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton.

Para pelakon dan penerbit filem itu juga sangat prihatin terhadap mangsa gempa bumi yang berlaku di kawasan Wenchuan, Provinsi Sichuan China pada 12 Mei yang lalu. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Li Zhaolin menyampaikan salam kepada Sukan Olimpik Beijing dan mangsa-mangsa di kawasan bencana tersebut. Beliau berkata:

"Apa khabar, saudara pendengar CRI. Saya Li Zhaolin, pelakon utama 'Olimpik untuk Seorang'. Semangat Liu Changchun sangat kuat, tidak putus asa dan sentiasa tabah. Semangat ini juga patut dikekalkan oleh setiap orang China. Saya harap Sukan Olimpik Beijing akan berjalan dengan lancar dan rakyat di kawasan bencana dapat membina semula kampung halaman mereka dengan secepat mungkin, dan kehidupan mereka pulih kembali."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |