v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Spanyol di China, Carlos Blasco Villa Sukan Olimpik Marangsangkan Pembangunan China
2008-07-18 16:35:43 CRI

Kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008 sudah sampai tahap akhir pada musim panas tahun ini. Duta Besar Spanyol di China, Carlos Blasco Villa memberikan prhatian yang besar terhadap berita tentang Sukan Olimpik melalui pelbagai media setiap hari. Beliau pernah mengikuti Datuk Bandar Madrid yang mengadakan lawatan ke China untuk meninjau kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik di Beijing tidal lama dulu. Beliau berkata bahawa Beijing dan kerajaan China telah membuat persiapan yang terbesar untuk Sukan Olimpik, termasuk membina beberapa banyak stadium yang telah pun siap dan cukup menarik. Sebahagian besar bangunan yang dibina untuk kemudahan Sukan Olimpik tersebu berkualiti tinggi. Kami sentiasa menanti-nantikan perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Beliau menyatakan bahawa Sukan Olimpik ini bukan sahaja merupakan satu temasya sukan yang terbesar di dunia, malah ia juga menyediakan peluang bagi China untuk diperkenalkan secara menyeluruh kepada dunia, di samping itu, ia juga akan merangsangkan pembangunan China secara berterusan. Kata beliau bahawa China meningkat dengan pesat dalam aspek pertumbuhan ekonomi daripada sebuah negara membangun. Juster, Sukan Olimpik Beijing 2008 menyediakan peluang yang bersejarah kepada China untuk mempamerkan kejayaannya yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada seluruh dunia. Sukan ini juga dapat merangsangkan pembangunan China pada masa yang akan datang, menggalakkan China berubah menjadi sebuah negara yang moden, dan sebuah negara yang maju dengan pintu terbuka pada masa yang akan datang.

Slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah "Satu Dunia, Satu Impian". Carlos Blasco Villa menyatakan bahawa semangat Sukan Olimpik menunjukkan hasrat bersama manusia. Kata beliau, pada pendapat saya, Sukan Olimpik mencerminkan matlamat dan impian rakyat seluruh dunia terhadap kedamaian. Melaluinya, rakyat dari pelbagai negara yang mempunyai ideologi politik, kepercayaan agama dan kedudukan ekonomi yang berbeza-beza dapat bersatu padu secara harmoni. Saya rasa inilah tujuan dan matlamat akhir Sukan Olimpik, iaitu persefahaman, perpaduan dan hidup bersama secara damai.

Beliau yakin bahawa Sukan Olimpik ialah sukan bagi seluruh penduduk dunia, dan api suci Sukan Olimpik bukan sahaja untuk orang China, malah untuk manusia di seluruh dunia. Beliau mengutuk dengan keras tindakan yang berupa fitnah, yang berlaku di seberang laut berkait dengan larian obor Sukan Olimpik, dan menegaskan pendirian kerajaan Spanyol yang menentang sikap mempolitikkan Sukan Olimpik. Beliau berkata bahawa Pada pendapat saya, fitnah berkait dengan larian obor Sukan Olimpik Beijing tidak masuk akal. Obor Sukan Olimpik melambangkan kedamaian manusia bersama di seluruh dunia. Tohmahan terhadap larian obor Sukan Olimpik ini tidak beralasan sama sekali. Kerajaan Spanyol berpendapat bahawa Sukan Olimpik tidak sepatutnya dipolitikkan, dan isu politik tidak patut dicampur dengan sukan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |