Ketika menyentuh kerja persiapan pasukan Spanyol untuk Sukan Olimpik, beliau menyatakan bahawa semua atlet Spanyol bercita-cita dan berusaha dengan gigih untuk menyertai Sukan Olimpik ini. Kerja persiapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Spanyol telah berjalan dengan lancar. Beliau menambah bahawa matlamat pasukan Spanyol adalah untuk memperoleh 16 pingat emas dalam Sukan Olimpik ini. Beliau berkata bahawa kebanyakan pegawai dan atlet kontijen Spanyol pernah tiba di Beijing untuk menyertai pelbagai pertandingan persiapan dan pemeriksaan Sukan Olimpik. Kami mempunyai kelebihan dalam pertandingan tenis, renang berirama, memanah, bermain pedang dan lain-lain. Kami yakin bahawa pasukan Spanyol dapat membawa peluang sekurang-kurangnya 16 pingat ems dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 ini.
Sukan Olimpik Beijing bukanlah hanya merupakan temasya sukan yang terbesar, malah, ia juga menyediakan peluang bagi melaksanakan pelbagai aktiviti antara budaya. Tahun Budaya Spanyol-China yang baru ditutup telah mencapai kejayaan yang besar. Kedutaan Besar Spanyol di China berharap dapat memperkenalkan Spanyol kepada rakyat China dan meningkatkan pengaruh Spanyol di China dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing ini. Kata beliau bahawa "Keluarga Spanyol" akan dibentuk oleh kontijen Spanyol di kelab Changan untuk sementara bagi tempoh Sukan Olimpik Beijing ini. Selain sidang akhbar, perayaan penerimaan pingat emas, aktiviti budaya yang lain juga akan diadakan, seperti memperkenalkan pelancongan di Spanyol, makanan, budaya dan seni bina Spanyol kepada rakyat China.
Dalam tempoh wawancara itu, bagi pihak kerajaan dan rakyat Spanyol, Carlos Blasco Villa telah menyampaikan simpati kepada mangsa kawasan bencana gempa Sichuan dan rakyat China. Beliau berkata bahawa saya berharap Sukan Olimpik Beijing dapat dilaksanakan dengan aman dan lancer, dan mencapai kejayaan yang besar. Atlet China mempunyai banyak kelebihan kerana Sukan Olimpik ke-29 ini diadakan di China. Kontijen Spanyol telah memperoleh pingat emas yang paling banyak daripada sukan lain dalam Sukan Olimpik Barselona. Kami yakin bahawa pasukan China akan memperoleh lebih banyak pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing nanti. 1 2
|