v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Beijing Bersikap Tenang Menyakasikan Pertandingan Sukan Paralimpuik
2008-09-12 17:07:25 CRI

Sambi mengalu-alukan ketibaan Sukan Paralimpik Beijing, penduduk bandar Beijing berebut-rebut membeli tiket untuk sukan ini, lebih-lebih lagi bagi tiket untuk pertandingan yang diadakan di "Sarang Burung" dan "Kubus Air" dan stadium-stadium utama yang yang lain. Tiket-tiket yang berkenaan sudah habis dijual baru-baru ini. Namun kebanyakan pembeli tiket kurang mengetahui tentang sukan paralimpik ini. Contohnya ada penonton wanita yang tidak mahu menyaksikan pertandingan Sukan Paralimpik, kerana kurang gemar melihat pertandingan yang disertai oleh orang kurang upaya.

Bagi Sukan Paralimpik, penyertaan adalah lebih penting daripada sukan paralimpik itu sendiri. Penyertaan Sukan Paralimpik pertama secara positif yang diadakan di Beijing lebih pentingnya ialah kami mengambil sikap tenang untuk menyaksikan acara pertandingan yang disertai oleh orang kurang upaya. Penasihat Pusat Latihan Sukan Olimpik Beijing, Encik Zhao Jihua yang bertanggungjawab terhadap kegiatan sukan orang kurang upaya sejak beberapa lama dan pernah menjadi ketua pasukan China yang menyertai Sukan Paralimpik sebanyak 4 kali. Ketika diwawancara oleh wartawan radio kami, beliau menyatakan bahawa orang awam sepatutnya bersikap tenang dan berperikemanusiaan ketika menyaksikan sukan orang kurang upaya. Beliau berkata bahawa saya mempunyai hubungan yang rapat dengan orang kurang upaya di China, dan di negra-negara lain di dunia. Saya faham bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti Sukan Paralimpik adalah bertujuan untuk mempamerkan keupayaan mereka dan memperlihatkan hasrat hati mereka melalui acara pertandingan sukan paralimpik ini .

Pengerusi Persatuan Orang Kurang Upaya China, Deng Pufang menyatakan bahawa semangat perikemanusiaan bererti penghormatan dan persefahaman bagi orang biasa terhadap orang kurang upaya. Kami tidak boleh memandang rendah orang kurang upaya ketika menyaksikan pertandingan sukan paralimpik. Encik Zhao Jihua berkata bahawa Sukan Paralimpik dipenuhi suasana riang gembira. Banyak acara pertandingan dalam Sukan Paralimpik ini yang sangat menarik. Saya tidak ingat sesiapa yang telah merangkul pingat emas, tetapi saya tidak lupa akan keriangan orang kurang upaya sepanjang tempoh pertandingan itu. Kebolehan bersukan mereka dapat ditunjukkan melalui acara pertandingan tersebut. Kami tidak seharusnya menggelar mereka orang cacat. Tujuan penyertaan mereka bukan hanya untuk merangkul pingat emas sahaja.

Kontinjen Sukan Paralimpik China yang menyertai Sukan Paralimpik ini dianggotai oleh lebih 300 orang atlet. Mereka akan menyertai semua 20 acara pertandingan Sukan Paralimpik Beijing. Semasa ketua kontinjen China, Wang Xian diwawancara oleh wartawan radio kami, beliau menyatakan bahawa semua atlet kontinjen Sukan Paralimpik China bukan sahaja akan menunjukkan prestasi yang baik dalam Sukan Paralimpik Beijing, malah juga akan menikmati kegembiraaan dalam pertandingan mereka. Beliau berkata bahawa kami akan berusaha mencapai hasil baik dalam semua acara pertandingan. Sukan Paralimpik ini juga merupakan temasya sukan yang dipenuhi suasana yang harmoni dan kegembiraan. Sukan orang kurang upaya ini juga mendatangkan keriangan kepada orang awam.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |