Atlet kurang upaya Belgium, Marc Ledoux telah menjadi naib johan perseorangan pingpong lelaki Sukan Paralimpik 2004 di Athens. Beliau menyatakan bahawa ini merupakan kali ke-3 beliau datang ke China. Beliau mendapat kesan yang hebat daripada penonton China ketika menyaksikan acara pertandingan Sukan Olimpik melalui siaran TV. Beliau berkata bahawa saya rasa sukan Olimpik Beijing telah mencapai kejayaan dan pihak penganjurnya telah mencurahkan sekian banyak usaha untuk kejayaan tersebut. Saya berharap Sukan Paralimpik Beijing akan menjadi temasya sukan yang berjaya sekali lagi dan disertai oleh atlet-atlet dari pelbagai negara di dunia. Saya berusaha untuk mencapai kejayaan dalam acara pertandingan yang disertai oleh kontinjen pingpong China. Ini adakan menjadi kenang-kenangan yang sukar saya lupakan di Beijing.
Sorakan memberi semangat yang istimewa daripada penonton China telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada atlet-atlet dari pelbagai negara dan wilayah di dunia dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing yang baru lalu. Manakala senyuman yang ikhlas, sorakan penuh riang dan sikap yang tenang pula dapat menambahkan keyakinan kepada lebih 7 ribu orang atlet dan pegawai dari 148 buah negara dan wilayah, termasuk Marc Ledoux bagi tempoh Sukan Paralimpik ini.
Encik Zhao Jihua yang pernah melatih sekian ramai sukarelawan menyatakan bahawa ada sukarelawan yang menyatakan mereka gembira menyadiakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya. Beliau berharap semua penonton dengan gembira menyaksikan pertandingan sepanjang tempoh Sukan Paralimpik Beijing. 1 2
|