v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet-Atlet yang Cacat dalam Peperangan yang Menyertai Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-19 17:20:40 CRI

Terdapat sekumpulan atlet yang cacat akibat perang daripada atlet kurang upaya yang datang dari pelbagai negara yang menyertai Sukan Paralimpik Beijing baru-baru ini. Mereka berada dalam kesengsaraan akibat peperangan. Namun, mereka terus berjuang tak kenal susah dalam bidang sukan, hingga mendatangkan simpati dan keriangan kepada ramai orang khususnya yang juga mengalami kecederaan akibat peperangan.

Ketua pasukan bola sepak 7 sebelah Iran, Ardeshir Mahini, yang berumur 44 tahun ini, seorang yang lumpuh otak. Dia tercedera dalam perang Iran-Iraq pada tahun 1980. Sekeping serpihan bom yang kecil tertinggal di dalam otak kirinya, menjadikannya seorang yang lumpuh otak. Ketika kejadian itu berlaku di berumur 16 tahun dan dia tidak mahu menggunakan kerusi roda seumur hidup. Dia berharap dapat berjalan dan bermain bola sepak seperti orang biasa. Akhirnya impiannya tercapai. Beliau menyatakan bahawa masih ada sekeping serpiham bom yang kecil tertinggal di dalam otak saya. Oleh itu, kesihatan saya tidak mungkin dapat dipulihkan seperti biasa. Saya giat berlatih bola sepak selepas menganggotai pasukan Iran. Dalam proses ini, saya dapat menyertai pertandingan bola sepak bersama dengan orang biasa.

Banyak periuk api dan serpihan letupan bom yang ditinggalkan di Kemboja dalam peperangan yang berlangsung begitu lama. Keadaan ini sentiasa mengancam keselamatan rakyat Kemboja hingga kini. Kim Vanna, yang berusia 40 tahun ini kaki kirinya tercedera dalam peristiwa letupan periuk api pada tahun 1989. Tetapi dia tidak putus asa. Dengan bantuan pihak Jawatankuasa Sukan Paralimpik Kemboja,dapat berlatih lumba lari untuk acara olahraga. Dia telah merangkul 18 pingat emas dalam pertandingan acara lumba lari jarak dekat dan menjadi seorang atlet yang terkenal bukan sahaja di Kemboja, bahkan di negara-negara Asia Tenggara.

Dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008 baru-baru ini, Kim Vanna sebagai satu-satunya atlet pasukan Kemboja telah menyertai pertandingan dalam acara lumba lari 100 meter dan lumba lari 200 meter. Sekalipun hasilnya kurang baik, tetapi dia berasa amat bangga dan besar hati kerana dapat menyertai pertandingan dunia buat pertama kali. Dia menyatakan akan berusaha untuk menyertai lebih banyak pertandingan pada masa yang akan datang, kerana sukan merupakan saluran bagi mencapai nilai nyawanya sendiri. Beliau menyatakan bahawa saya mulai mengadakan latihan pada tahun 1999, dan dipilih sebagai atlet pasukan negara. Saya telah menyertai banyak pertandingan yang diadakan di negara-negara Asia Tenggara, dan telah merangkul 18 pingat emas setakat ini. Saya akan mengatasi semua kesukaran demi merealisasikan cita-cita saya.

Sekalipun Ardeshir Mahini dan Kim Vanna menjadi orang kurang upaya dalam kemalangan akibat peperangan, tetapi mereka berani membebaskan diri dari bayangan peperangan yang gelap untuk mencapai cita-cita mereka. Atlet-atlet kurang upaya dari Iraq dan Afghanistan berusaha keras melupakan luka mereka sendiri dan membawa rasa simpati dan keriangan kepada rakyat dan negara mereka di samping mengatasi kecacatan tubuh badan mereka.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |