v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet-Atlet yang Cacat dalam Peperangan yang Menyertai Sukan Paralimpik Beijing
2008-09-19 17:20:40 CRI

Dalam pertandingan akhir acara angkat berat kategori 56 kilogram lelaki Sukan Paralimpik Beijing, atlet Iraq, Rasool Kazem telah merangkul pingat perak dalam pertandingan acara angkat berat itu. Ini merupakan pingat Iraq pertama dalam Sukan Paralimpik ini. Dia dengan terharu menyatakan bahawa pingat perak adalah untuk seluruh rakyat Iraq. Dia akan merangkul lebih banyak pingat untuk Iraq supaya bendera kebangsaan Iraq dapat berkibar di nerata-rata tempat di dunia. Kata beliau, umum mengetahui bahawa sekalipun rakyat Iraq mengalami banyak kesukaran, namun atlenya berjaya merangkul pingat. Ini merupakan sokongan paling baik kepada negara. Sekalipun Iraq berada dalam kesengsaraan, tetapi kami berusaha untuk membolehkan atlet kami mencapai prestasi yang baik dalam pertandingan antarabangsa.

Atlet angkat berat Afghanistan, Mohammad Fahim Ahmadi telah menyertai pertandingan Sukan Paralimpik Beijing. Dia cacat akibat letupan periuk api dan rumahnya pula musnah akibat perang. Walaupun kehidupannya amat sengsara, tetapi dia yakin bahawa pertandingan sukan merupakan satu-satunya saluran yang berkesan bagi membantu saudara setanah airnya membebaskan dari bayangan gelap peperangan. Pengerusi Jawatnkuasa Sukan Paralimpik Afghanistan, Haji Abudul Rahman Mohamdai berkata bahawa terdapat kira-kira satu juta orang kurang upaya di Afghansitan sekarang. Umumnya setiap hari ada orang cedera atau terkorban akibat rusuhan atau peperangan. Oleh itu, kami berusaha untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sukan. Mereka akan melahirkan harapan kepada kehidupan yang baru dan bebas daripada bayangan kegelapan akibat kecacatan tubuh badan jika mereka bergiat dalam latihan sukan.

Ketika para atlet kurang upaya masih berkumpul di Beijing, marilah kita menyampaikan ucapan terima kasih kita kepada sumbangan atlet yang menjadi kurang upaya disebabkan oleh peperangan, sambil menunggu kedamaian dan kemakmuran muncul di seluruh dunia. Atlet Iran, Ardeshir Mahini berkata bahawa manusia sepatutnya hidup bersama secara damai dan saling membantu. Perang amat kejam bagi sesiapa pun di dunia ini.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |