v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi Dorong Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN
2007-03-05 11:30:04 CRI

Teluk Beibu yang terletak di bahagian barat daya China merupakan satu pintu penting yang terbuka kepada negara-negara ASEAN. Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, Teluk Beibu yang mempunyai kelebihan istimewa dari segi geografinya telah memainkan peranaan yang penting dalam perdagangan China-ASEAN.

Teluk Beibu terletak di bahagian utara Laut Selatan dan dilingkari dengan pesisir pantai negara Vietnam dan China.

Selepas perjanjian tentang penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 2002, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China yang terletak di sebelah utara Teluk Beibu telah merancang untuk menubuhkan "Zon Ekonomi Lingkaran Teluk Beibu" yang melibatkan tiga provinsi dan wilayah China, iaitu Guangxi, Guangdong dan Hainan dan beberapa provinsi negara Vietnam. Rancangan itu telah ditambah pengisian dengan konsep "kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu" yang dikemukakan oleh pihak Guangxi pada tahun lalu. Konsep itu mencadangkan supaya "Zon Ekonomi Lingkaran Teluk Beibu" juga merangkumi negara-negara Malaysia, Singapuran, Indonesia dan Brunei.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Guangxi telah memutuskan untuk menubuhkan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi di kawasan pesisir pantai Teluk Beibu dan ibu kotanya, bandar Nanning. Ketua Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Encik Liu Qibao semasa diwawancara menyatakan bahawa penubuhan zon ekonomi tersebut bertujuan untuk mendorong kerjasama ekonomi antara Guangxi dengan Vietnam, Malaysia dan pelbagai negara di Pan Teluk Beibu. Beliau berkata: "Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi perlu dijalankan berdasarkan keadaan semasa serta pandangan yang jauh, dan seharusnya dilakukan berdasarkan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Berdasarkan kelebihannya yang istimewa dari segi geografi, Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dirancang untuk dibangunkan menjadi pusat pengangkutan penting yang menghubungkan China dengan pelbagai negara ASEAN.

Fangchenggang merupakan bandar pelabuhan yang paling besar di zon ekonomi tersebut dan mempunyai 21 buah tambatan yang mampu menampung kapal kargo yang beratnya 10 ribu tan lebih.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |