v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi Dorong Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN
2007-03-05 11:30:04 CRI

Naib Ketua Pengurus Kumpulan Hal Ehwal Pelabuhan Fangchenggang, Encik Xie Yi memberitahu pemberita bahawa kerajaan tempatan Fangchenggang sedang merancang untuk membina tempat perhentian kapal kargo dan terminal kontena yang baru. Beliau berkata: "Demi menjayakan kerjasama ekonomi di Pan Teluk Beibu, kami telah meningkatkan matlamat pembangunan supaya Fangchenggang dibangun menjadi pusat perkapalan serantau."

Kerajaan Guangxi sedang berusaha untuk mempercepat pembangunan di tiga pelabuhan utamanya, iaitu Fangchenggang, Qinzhou dan Beihai agar meningkatkan daya persaingan secara menyeluruh dalam urusan pelabuhan.

Serentak dengan itu, laluan darat yang menghubungkan Guangxi dengan negara-negara ASEAN juga telah diperbaiki dan disempurnakan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan yang selaras dengan peningkatan perdagangan kargo antara China dengan ASEAN. Lebuh raya yang menghubungkan bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dengan Pelintasan Youyiguan di sempadan China-Vietnam telah beroperasi secara rasmi pada tahun 2005. Lebuh raya itu telah memberi kemudahan banyak kepada pengangkutan kargo seperti produk permesinan dan produk elektronik dari China ke negara-negara ASEAN dan pengangkutan produk pertanian dari ASEAN ke China.

Selain itu, Guangxi juga telah mengambil pelbagai langkah untuk menyempurnakan iklim pelaburan agar melancarkan lagi perdagangan dan pelaburan antara China dengan ASEAN. Ketua Jabatan Perdagangan Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, Encik Li Wenjie berkata: "Kami telah mengambil tindakan-tindakan yang bersifat realistik bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan antara China dan ASEAN, seperti memperbaiki iklim pelaburan, meningkatkan pembangunan pelabuhan, menyempurnakan kawalan di pintu keluar masuk, mengintensifkan kerjasama dua hala dalam usaha kuarantin dan memudahkan keluar masuk sempadan kepada ahli perniagaan.

Menurut beliau, tindakan bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan tersebut akan memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |