v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi Menyumbang kepada Peningkatan Kerjasama China-ASEAN
2007-03-15 19:24:34 CRI

Naib Datuk Bandar Nanning, Encik Huang Huansheng

Kerjasama ekonomi di kawasan Teluk Beibu dan pankawasan Sungai Mekong telah ditingkatkan oleh China dan pelbagai negara ASEAN secara berterusan dalam proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Sehubungan dengan itu, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang terletak di bahagian barat daya China telah menjadi satu pintu yang penting untuk membuka peluang kepada ASEAN dan memainkan peranan yang semakin penting dalam kerjasama China-ASEAN. Kini, Guangxi sedang berusaha untuk mempercepat proses pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi bagi mengeratkan lagi hubungan ekonomi antara China dengan pelbagai negara ASEAN.

Pembangunan zon ekonomi tersebut juga telah menjadi satu topik yang hangat dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang sedang berlangsung di Beijing baru-baru ini. Presiden China, Hu Jintao semasa menyertai perbincangan bersama wakil-wakil NPC pada 9 Mac lalu menegaskan bahawa Guangxi perlu membuka pintu secara berterusan dan memainkan peranan yang lebih besar dalam proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, terutamanya dalam bidang pengedaran komoditi, perdagangan, industri pemprosesan dan pertukaran maklumat.

Naib Datuk Bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China, Huang Huansheng semasa diwawancara oleh wartawan CRI dalam tempoh sidang tahunan NPC kali ini menyatakan bahawa kerajaan Nanning telah meningkatkan usaha dalam pembinaan infrastruktur bagi memudahkan komunikasi antara China dengan pelbagai negara ASEAN. Beliau berkata: "Kerajaan Nanning sedang menyempurnakan kemudahan dan memperluas lapangan terbang agar meningkatkan keupayaan dalam pengangkutan udara dapat ditingkatkan. Selain itu, lebuh raya yang menghubungkan Nanning dengan Guangzhou juga sedang dirancang pembinaannya."

Tambah beliau, kerajaan Nanning juga bercadang untuk membina dua laluan transit aliran ringan. Projek pembinaan tersebut akan diperuntukkan sebanyak 14 bilion Yuan Renminbi dan dijangka akan siap dibina pada 5 tahun akan datang.

Huang Huansheng juga menyatakan bahawa walaupun peningkatan ekonomi Nanning telah mencapai 15.1% dan jumlah keseluruhan ekonomi mencecah 86 bilion Yuan Renminbi pada tahun lalu, namun ekonomi Nanning masih berada pada taraf yang rendah jika dibandingkan dengan ibu kota pelbagai provinsi yang lain di China. Oleh hal yang sedemikian, Nanning perlu meningkatkan usaha untuk mengembangkan industri tempatan dan mengambil peluang daripada penubuhan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi. Huang Huansheng berkata: "Kerajaan Nanning kini berazam untuk mengembangkan industri tempatan dan meningkatkan daya saing sendiri melalui penubuhan zon teknologi tinggi dan terkini peringkat negara dan Taman Ekonomi ASEAN."

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |