Encik Li Mingfeng menerima wawancara pemberita CRI.
Bandar Chongzuo, Guangxi mempunyai garis sempadan yang sepanjang lebih 530 kilometer dengan Vietnam. Kini, kerajaan bandar itu sedang berusaha untuk merebut peluang-peluang yang disediakan oleh pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dan peningkatan kerjasama ekonomi China-ASEAN. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Ketua Setiausaha Jawatankuasa Bandar Chongzuo Parti Komunis China, Encik Li Mingfeng menyatakan bahawa bandar Chongzuo telah melaksanakan strategi pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu secara aktif dan giat mengambil bahagian dalam kerjasama ekonomi serantau. Beliau memaklumkan bahawa beberapa taman industri telah ditubuhkan di bandar itu untuk mendorong kerjasama industri China-ASEAN, antaranya termasuklah Taman Industri Belia China-ASEAN dan Zon Industri Genting Youyi. Selain itu, kerajaan Chongzuo juga telah meningkatkan pembinaan infrastruktur terutamanya di Genting Youyi dan pintu keluar masuk Shuikou yang berhampiran dengan Vietnam.
Kini, kerajaan bandar Chongzuo menggalakkan perusahaan tempatan bekerjasama dengan pihak Vietnam dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Li Mingfeng berkata: "Terdapat 4 kaunti di Chongzuo yang bersempadan dengan Vietnam. Kami telah menggalakkan perusahaan tempatan untuk menjalankan kerjasama dengan pihak Vietnam dalam bidang industri pemprosesan, pertanian dan pelancongan."
Dimaklumkan bahawa kebanyakan perdagangan luar bandar Chongzuo ialah perdagangan yang dijalankan di sempadan China-Vietnam. Menurut statistik bahawa jumlah import eksport Chongzuo telah mencatat 580 juta dolar Amerika pada tahun lalu. Li Mingfeng berkata bahawa kini kerajaan Chongzuo bercadang untuk menubuhkan satu zon ekonomi di Pingxiang yang terletak di kawasan sempadan China. Beliau berkata: "Kami telah mengadakan perbincangan beberapa kali dengan Provinsi Lang Son, Vietnam. Kedua-dua pihak mempunyai hasrat yang sama untuk menubuhkan satu zon kerjasama ekonomi di kawasan sempadan. Zon ekonomi yang dirancang itu meliputi kawasan yang seluas kira-kira 16 kilometer persegi dan melibatkan kerjasama dalam bidang industri pemprosesan, perdagangan dan pelancongan."
Pembangunan dan pembukaan di kawasan pesisir pantai Guangxi mempunyai makna yang penting bagi mendorong kerjasama ekonomi di pankawasan Teluk Beibu. Pakar ekonomi China-ASEAN yang juga Naib Ketua Setiausaha Tetap Majlis Perdagangan China-ASEAN, Encik Xu Ningning berpendapat bahawa kerjasama ekonomi di pankawasan Teluk Beibu dan pankawasan Sungai Mekong amat penting bagi mendorong dan meningkatkan kerjasama China-ASEAN ke satu tahap yang baru. Beliau berkata: "Aliran perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN yang baik pada masa ini sangat berfaedah bagi kerjasama di kawasan Teluk Beibu. Kerjasama itu boleh dijalankan dengan terlebih dahulu bagi meletakkan asas kepada kerjasama di kawasan yang lebih luas."
Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi yang dijalankan adalah sebagai usaha perintis yang bersifat asas dan mempunyai erti yang penting bagi kerjasama ekonomi di pankawasan Teluk Beibu. Penganalisis berpendapat bahawa Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi akan memainkan peranan yang semakin penting seiring dengan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan prestasi Guangxi dalam kerjasama ekonomi China-ASEAN. 1 2
|