v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Malaysia ke China Menilai Tinggi Dasar Luar Harnomi
2007-03-23 17:01:08 CRI

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, konsep "dunia yang harmoni" dan "pembangunan secara damai" yang dikemukakan oleh kerajaan China telah menjadi tumpuan dan topik hangat antarabangsa.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa menyampaikan laporan kerja kerajaan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada 5 Mac yang lalu berkata, konsep dunia yang harmoni bertujuan untuk mewujudkan demokrasi dan kesamarataan dari segi politik, kerjasama yang saling menguntungkan dalam aktiviti ekonomi, pertukaran dalam bidang kebudayaan dan kerjasama persahabatan untuk menghadapi cabaran keselamatan dalam kalangan masyarakat sejagat.

Pada 15 hari bulan Mac ini, wartawan CRI telah mengadakan wawancara dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman bin Syed Kamaruzaman di Beijing. Beliau telah memberi penilaian yang tinggi terhadap dasar luar harmoni yang diamalkan oleh kerajaan China, dan menyifatkannya sebagai dasar luar yang mengutamakan pelbagai prinsip, termasuk prinsip bagi meningkatkan persahabatan, prinsip keinginan menyelesaikan masalah secara damai melalui dialog, serta prinsip kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama.

"Pada saya, dasar luar seperti ini, iaitu dasar harmoni, patut kita utamakan dan patut diikuti oleh semua negara. Ini kerana dengan mengutamakan prinsip-prinsip ini, kita boleh membina satu dunia atau satu kawasan serantau hubungan dua hala yang aman, yang stabil, yang menjadi seumpama satu 'prerequisite' (prasyarat) untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara serantau. Dasar harmoni ini adalah sama dengan dasar luar Malaysia. Dasar luar Malaysia juga mengutamakan persahabatan, dan kesannya memang jelas. Sekiranya kita dapat meningkatkan keadaan yang baik, keadaan yang harmoni, keadaan yang stabil antara kedua-dua buah negara, persahabatan itu akan memberi banyak peluang kepada kita untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek, sama ada aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jadi dengan cara itu, rakyat kedua-dua buah negara juga akan dapat meningkatkan taraf kehidupan dan sebagainya."

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |