Ketika menyebut kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dan China dalam hubungan dua hala, Dato' Syed Norulzaman berkata bahawa dalam setahun kebelakangan ini, hubungan China dan Malaysia tetap menampakkan arah aliran yang positif.
"Kita semua amat gembira dengan cara hubungan Malaysia-China telah berkembang dalam setahun ini. Seumpamanya hubungan politik, Lawatan-lawatan antara pemimpin-pempimpin Malaysia ke China, dan pemimpin-pemimpin China ke Malaysia dalam setahun ini terus meningkat. Begitu juga dari segi ekonomi, banyak kontak (hubungan) dan dialog telah berlaku dalam setahun ini. Dan ini membuka peluang kepada peningkatan hubungan ekonomi dan hubungan perdagangan. Hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China telah meningkat dalam tahun lepas sebanyak lebih kurang 20% daripada tahun 2005. Pertambahan yang baik dan positif telah kita lihat dari segi pelancongan. Pelancong dari China ke Malaysia juga meningkat sebanyak lebih kurang 28% dalam setahun ini. Pada tahun lepas, kita telah mencapai jumlah hampir-hampir 500 ribu pelancong China. Begitu juga pelancong-pelancong dari Malaysia ke China pada tahun lepas, sudah mencapai satu juta orang." 1 2
|