v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Kemboja Tingkatkan Kerja Pemuliharaan Tapak Peninggalan Angkor Wat
2007-05-17 17:07:43 CRI

Kompleks candi Angkor Wat yang terletak di Siem Reap, Kemboja merupakan tapak peninggalan yang termasyhur di dunia dan telah disenaraikan sebagai warisan kebudayaan dunia oleh PBB. Kini, wartawan dari Radio Antarabangsa China dan Stesen TV Guangxi China yang menyertai aktiviti "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" telah mengadakan kunjungan ke tapak peninggalan Angkor Wat. Semasa mengadakan aktiviti liputan di sana, wartawan mendapati bahawa kerja pemuliharaan tapak peninggalan Angkor Wat kini bukan sahaja telah diutamakan oleh kerajaan Kemboja, tetapi juga amat diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Provinsi Siem Reap Kemboja, Koy Sang yang menerima wawancara oleh wartawan CRI telah memaklumkan kerja-kerja pemuliharaan yang dilakukan terhadap tapak peninggalan Angkor Wat serta pelaksanaan program pelancongan di tapak peninggalan tersebut pada tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau berkata: "Kini, jumlah pelancong dari seluruh dunia yang melawat ke Angkor Wat telah meningkat antara 30% hingga 35% pada setiap tahun. Jumlah pelancong telah mencatat 530 ribu orang pada suku pertama tahun ini, daripada jumlah tersebut 380 ribu orang ialah pelancong asing."

Menurut Koy Sang bahawa kompleks candi Angkor Wat merupakan tapak peninggalan sejarah yang terkenal di dunia dan destinasi pelancongan yang diminati ramai oleh pelancong pelbagai negara. Manakala, terdapat sebahagian basar daripada tapak peninggalan sejarah di Angkor Wat telah mengalami kerosakan akibat hakisan angin dan hujan serta peperangan. Kerja pemuliharaan terhadap Angkor Wat bukan suatu yang mudah untuk dilakukan kerana tapak peninggalan itu tidak pernah sunyin daripada kunjungan pelancong. Demi memastikan pelaksanaan kerja membaik pulih dan memulihara Angkor Wat dapat dijalankan dengan lancar, kerajaan Kemboja telah giat menyempurnakan mekanisme pelancongan di samping berusaha untuk memperoleh bantuan daripada pelbagai negara. Kini, lebih 10 buah negara termasuk Perancis, India, Jepun, Jerman dan Itali telah menghantar kumpulan kerja untuk mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan terhadap tapak peninggalan di Angkor Wat.

Atas permintaan UNESCO pada tahun 1990-an, kerajaan China telah memperuntukkan dana khas dan menghantar kumpulan kerja yang terdiri daripada pakar arkeologi ke Kemboja untuk membantu kerja pembaikpulihan Angkor Wat.

Kumpulan kerja China memilih Kuil Prei Prasat yang mengalami kerosakan yang agak serius untuk melakukan projek pembaikpulihan. Ini juga merupakan projek pembaikpulihan yang buat pertama kalinya dilakukan oleh kerajaan China terhadap warisan kebudayaan yang besar di luar negara.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |