Kerja membaik pulih Kuil Prei Prasat amat sukar untuk dijalankan keranan kuil tersebut dibina dengan batu-batu besar lagi berat. Selepas melakukan kerja persiapan yang mengambil masa selama setahun, pakar-pakar arkeologi China mula melakukan kerja membaik pulih secara rasmi terhadap Kuil Prei Prasat pada tahun 1999. Ketua kumpulan kerja China yang juga jurutera kanan daripada Institut Pengkajian Arkeologi China, Encik Jiang Huaiying berkata: "Sebahagian besar daripada bangunan Kuil Prei Prasat itu telah runtuh dan sebanyak lebih 4000 buah serpihan runtuhan daripada kuil tersebut didapati bersepah-sepah di kawasan sekitarnya. Kami terpaksa menjalankan penyelidikan semula terhadap struktur binaan tersebut kerana tidak mempunyai data-data ataupun rajah asalnya. Perkara yang paling sukar ialah kerja mencantumkan kesemua 4000 buah serpihan runtuhan tersebut berdasarkan rupa asalnya."
Dengan usaha yang mengambil masa hampir 10 tahun, projek pemuliharaan Kuil Prei Prasat kini hampir selesai dilakukan oleh kumpulan kerja China. UNESCO, dan kerajaan Kemboja telah memberi penilaian yang amat tinggi kepada kejayaan projek pemuliharaan tersebut. Kerajaan Kemboja juga telah menganugerahkan pingat peringkat negara kepada ketua kumpulan kerja China Jiang Huaiying dan naib ketua kumpulan itu, Liu Jiangguo. Ini merupakan buat pertama kalinya bagi kerajaan Kemboja menganugerahkan pingat jenis tersebut kepada warga asing. Kini, kumpulan kerja China telah mula mengadakan kerja membaik pulih terhadap sebuah lagi tapak peninggalan sejarah di Angkor Wat. Kita yakin bahawa dengan projek pembaikpulihan yang dilakukan berdasarkan bantuan pelbagai negara, tapak peninggalan sejarah Angkor Wat akan kelihatan lebih megah dan lebih memikat hati para pelancong.
1 2
|