v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seminar "Peluang Perdagangan Malaysia-China"Diadakan di Beijing
2007-05-31 10:30:20 CRI

Seminar "Peluang Perdagangan Malaysia-China" 2007 yang dianjurkan oleh Pejabat Perdagangan Kedutaan Besar Malaysia di China, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) telah diadakan di Beijing pada 28 Mei lalu. Matlamat seminar kali ini untuk mendorong kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala Malaysia-China, mengeratkan hubungan perdagangan, serentak dengan itu, juga menyediakan peluang kepada tokoh kalangan perdagangan China untuk mengetahui dasar tertentu yang dilaksanakan oleh Malaysia serta situasi ekonomi Malaysia pada masa ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Rafidah Aziz, Penolong Menteri Perdagangan China Encik Chen Jian dan Naib Pengerusi CCPIT Encik Yu Ping telah menghadiri seminar tersebut dan menyampaikan ucapan. Ratusan tokoh daripada kalangan usahawan dan ahli perniagaan China-Malaysia telah menyertai seminar tersebut.

Dalam ucapannya, Penolong Menteri Perdagangan China Encik Chen Jian berkata:

"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, Seminar Peluang Perdagangan Malaysia-China telah diadakan di pelbagai bandar dan provinsi China setiap tahun. Aktiviti ini telah mendorong kerjasama kalangan perusahaan kedua-dua negara dan menjadi arena kerjasama ekonomi yang sangat terkenal. Saya mewakili Kementerian Perdagangan China dan Menteri Perdagangan China Encik Bo Xilai menyampaikan ucapan tahniah terhadap penyelenggaraan seminar kali ini."

Encik Chen Jian telah memaklumkan hasil terkini dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara. Berdasarkan statistik kastam China, jumlah perdagangan dua hala China-Malaysia pada tahun 2006 telah mencipta rekod baru dan mencapai 37.1 bilion dolar Amerika. Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala telah mencapai 13.4 bilion dolar Amerika, meningkat 25% berbanding masa yang sama tahun lalu. Malaysia telah menjadi rakan dagangan kelapan terbesar di seluruh dunia dan kedua terbesar di ASEAN bagi China. Projek yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat Malaysia di China pada tahun 2006 mencapai 336 buah, jumlah pelaburannya mencatat 390 juta dolar Amerika. Sehubungan dengan itu, seiring dengan peningkatan kekuatan bersepadu negara China serta pelancaran strategi "keluar" China, semakin banyak syarikat China melabur di Malaysia. Ini kerana situasi politik Malaysia yang sangat stabil, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat dan iklim pelaburan yang baik. Kerajaan China menggalakkan syarikat China mengadakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan pihak Malaysia. Beliau memaklumkan bahawa China akan menyediakan kredit keutamaan sebanyak 800 juta dolar Amerika kepada pengimport-pengimport barangan China di Malaysia. Beliau yakin, pelaksanaan dasar tersebut pasti akan mendorong lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia. Dengan kecenderungan pembangunan tersebut, matlamat jumlah perdagangan dua hala unutk mencapai 50 bilion dolar Amerika sebelum tahun 2010 yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara pasti akan dapat direalisasikan dengan lebih awal. Chen Jian berpendapat bahawa seminar kali ini telah menyediakan peluang yang baik kepada kalangan usahawan dan ahli perniagaan China-Malaysia untuk meningkatkan komunikasi dan saling memahami serta bersama-sama membincangkan rancangan pembangunan kedua-dua pihak. Beliau berharap seminar kali ini dapat menarik lebih banyak syarikat China memasuki pasaran Malaysia dan juga membolehkan lebih banyak tokoh daripada kalangan usahawan dan ahli perniagaan Malaysia mengetahui tentang keadaan China.

Sebagai salah satu pihak penganjur seminar kali ini, Naib Pengerusi CCPIT Yu Ping menyatakan bahawa:

"Kini, pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dirasmikan secara menyeluruh. 'Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan Perjanjian Rangka Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN' akan berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini, rundingan kedua-dua pihak dalam bidang pelaburan sedang dilancarkan. Kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang yang lain juga terus ditingkatkan. Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas tersebut telah menyediakan banyak peluang pembangunan kepada pelbagai sektor serantau. Seiring dengan peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, mengeratkan hubungan pelbagai sektor kedua-dua belah pihak dan mendorong kerjasama ekonomi secara menyeluruh telah menjadi perhatian bersama kalangan usahawan China-Malaysia."

Encik Yu Ping memperkenalkan bahawa CCPIT mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai badan ekonomi dan perdagangan serta pelbagai persatuan industri sektor China dan juga mengekalkan kerjasama yang baik dengan MATRADE dan Majlis Perdagangan Malaysia-China (MCBC). CCPIT akan menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang baik kepada pelbagai syarikat China yang merancang untuk melabur di Malaysia. Serentak dengan itu, China juga mengalu-alukan syarikat-syarikat Malaysia melabur di China.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |