v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seminar "Peluang Perdagangan Malaysia-China"Diadakan di Beijing
2007-05-31 10:30:20 CRI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Rafidah Aziz sedang mengadakan lawatan rasmi ke China pada 24 hingga 31 Mei. Menurut jadual, beliau telah mengetuai delegasi industri dan perdagangan Malaysia melawat ke bandar Shanghai, Beijing dan Guangzhou, China. Semasa lawatannya di Beijing, beliau menghadiri seminar "Peluang Perdagangan Malaysia-China" kali ini dan menyampaikan ucapan. Dato' Seri Rafidah Aziz telah memperkenalkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang projek pembinaan, pelancongan, perbankan, perkhidmatan penerbangan, perubatan tradisional, makanan halal, pendidikan, francais dan lain-lain. Beliau berkata:

"Malaysia bukan sahaja merupakan destinasi pelancongan yang menarik, bahkan juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mengadakan perdagangan dan melabur. Kami mengalu-alukan lebih ramai orang China datang ke Malaysia untuk melihat peluang perdagangan dengan mata mereka sediri."

Dato' Seri Rafidah Aziz menyatakan bahawa Malaysia bukan sahaja mengalu-alukan orang China datang ke Malaysia sebagai pedagang dan pelancong, akan tetapi juga berhadap agar orang China dapat memandang Malaysia sebagai "Kampung Halaman Kedua". Beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dapat memberi visa khas yang kuat kuasanya selama 10 tahun kepada orang China. Orang China dapat membeli vila di Malaysia, membeli kereta di Malaysia, berniaga di Malaysia dan juga dapat membawa keluarga ke Malaysia untuk bersantai-santai.

Dato' Seri Rafidah Aziz berharap agar kalangan usahawan dan ahli perniagaan kedua-dua negara dapat terus mendorong kerjasama perdagangan ASEAN-China dan Malaysia-China, beliau berkata:

"China-ASEAN telah menjalinkan hubungan ekonomi serantau yang erat. Kerjasama ekonomi bersepadu dalam rangka ASEAN-China, seperti penurunan tarif, pencabulkan sekatan serta keterbukaan pasaran perkhidmatan dan pelaburan akan mempererat hubungan ekonomi antara ASEAN dengan China."

Beliau berkata, Perjanjian Perdagangan Barangan Perjanjian Rangka Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China telah berkuat kuasa pada Julai tahun 2005. Syarikat dari Malaysia dan China harus meneroka lebih banyak peluang perdagangan agar dapat menikmati faedah yang dibawa oleh pelaksanaan perdagangan tersebut.

ASEAN juga sedang mengadakan rundingan dengan pelbagai entiti ekonomi yang besar seperti India, Republik Korea, Jepun, Australia dan New Zealand mengenai "Perjanjian Perkongsian Ekonomi yang Lebih Erat". Dato' Seri Rafidah Aziz menyatakan bahawa syarikat China yang melaksanakan perniagaannya di ASEAN, lebih-lebih lagi di Malaysia, pasti akan mendapat peluang yang lebih baik untuk memasuki pasaran tersebut.

Selepas seminar tersebut, ratusan syarikat dari Malaysia dan China telah mengadakan rundingan untuk meneroka peluang kerjasama. Rundingan yang berskala besar-besaran tersebut telah mencerminkan syarikat-syarikat dari Malaysia dan China kesemuanya mempunyai hasrat yang tinggi untuk meneroka pasaran di negara pihak lain dan berharap agar dapat mencari rakan kerjasama melalui peluang ini. Eksekutif Kanan dan Ketua Pemasaran Golden Hope Food & Beverages Sdn Bhd dari Malaysia Encik Saharrudin Jantan memberitahu wartawan:

"Kami mempunyai ladang yang paling besar di dunia dan nombor satu di Malaysia. Kami menghasilkan jambu batu merah. Sekarang kami mengeksport produk ke Eropah, Jerman dan Australia, New Zealand dan Asia Tenggara kecuali China. Kami datang ke China untuk mencari pengedar, kilang, apa-apa saja, dijemput untuk jadi ejen kami di China. Di China, produk ini tak ada dijual lagi. China China ialah sasaran utama kami, perniagaan nombor satu kami. Kalau kami dapat menembusi pasaran China, baik sekali."


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |