v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakar Ekonomi Thailand: Iktibar daripada Krisis Kewangan perlu Diambil Berat
2007-07-19 18:34:45 CRI

Pada bulan Julai tahun 1997, krisis kewangan telah berlaku secara mendadak di Thailand dan kemudian turut melanda beberapa negara dan kawasan di Asia. Sempena ulang tahun ke-10 berlakunya krisis kewangan Asia, wartawan CRI telah mewawancara ahli ekonomi Universiti Chulalongkorn Thailand, Sompop Manarungsan dan Mantan Presiden Persatuan Wartawan Ekonomi Thailand, Puan Chavewan Kiatchokechaikul tentang iktibar yang diambil daripada krisis kewangan Asia tersebut.

Semasa merumuskan faktor yang menyebabkan krisis kewangan berlaku di Thailand pada 10 tahun lalu, Sompop Manarungsan berpendapat bahawa sektor kewangan yang terlalu terbuka kepada luar merupakan salah satu faktor utama. Beliau berkata: "Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kirsis kewangan itu, pertama kesilapan kerajaan dalam pengurusan ekonomi makro seperti pembukaan kepada pihak luar yang keterlaluan dalam bidang kewangan. Pelaksanaan BIBF, iaitu sistem kebebasan perakaunan modal telah menjadikan modal keluar masuk dengan terlalu bebas. Di samping itu, sistem kadar pertukaran tetap yang tidak secocok dengan dasar kewangan bebas yang telah dikekalkan."

Menurut Sompop Manarungsan bahawa pinjaman kewangan yang berjumlah besar dari luar negara terutamanya pinjaman jangka pendek merupakan satu lagi faktor utama yang mencetuskan krisis kewangan. Beliau berkata pinjaman kewangan jangka pendek Thailand pada 10 tahun lalu telah melebihi 120 bilion dolar Amerika. Jumlah itu merupakan 3 hingga 4 kali ganda daripada jumlah simpanan mata wang asing negara pada masa itu, iaitu hanya 39 bilion dolar Amerika sahaja. Peniaga tempatan telah mengambil pinjaman yang berjumlah besar dari luar negara melalui pelbagai cara dan kemudian membuat kredit di dalam negeri atau mengadakan pelaburan yang tidak sesuai. Kebanyakan modal itu telah mengalir ke pasaran hartanah dan pasaran saham yang telah mewujudkan gejala gelembung telah wujud dengan sekian lama.

Selain itu, Sompop Manarungsan juga berpendirian bahawa jumlah desifit yang bertambah banyak dalam perkara tetap dan ketidakstabilan dalam politik juga telah menyebabkan krisis kewangan tercetus pada tahun 1997.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |