Krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 telah menyebabkan impian Thailand bagi menjadikan "Naga Kecil Kelima" di Asia terus bercerai. Mantan Presiden Persatuan Wartawan Ekonomi Thailand, Puan Chavewan semasa diwawancara oleh wartawan CRI berkata bahawa Thailand terus berada dalam keadaan "lumpuh" apabila banyak modal mengalir ke luar, jumlah penganggur bertambah ramai dan kuasa beli dalam negeri menurun. Semasa menghuraikan iktibar yang perlu diambil daripada krisis kewangan tersebut, Puan Chavewan berkata: "Pada pendapat saya, iktibar yang paling utama ialah kita harus memahami perkara yang disebut sebagai "kebebasan kewangan global." Sektor kewangan merupakan satu bidang utama bagi beberapa negara seperti A.S. untuk memperoleh keuntungan. Namun, tetap terdapat masalah tidak selaras antara modal kewangan yang semakin bertambah dengan sektor pembuatan yang agak terhad, sehingga menyebabkan modal kewangan yang berjumlah besar tidak dapat memasuki sektor pembuatan. Masalah yang tidak selaras itu pastinya akan membawa pengubahsuasian dan mendatangkan kerugian yang serius kepada negara yang sistem kewangannya terlaku terbuka kepada luar dan tidak menjalankan penyeliaan kewangan yang rapi. Inilah iktibar daripada krisis kewangan pada tahun 1997 kepada kita."
Selain itu, Puan Chavewan juga beranggapan bahawa yang lebih penting ialah harus bergantung kepada kemampuan sendiri. Beliau berkata: "Krisis kewangan pada tahun 1997 memberitahu kita bahawa tidak mengira apa yang dibuat, kita harus jelas dengan kemampuan sendiri dan menjalankan usaha berdasarkan kelebihan sendiri dan juga secara berdikari. Kalau terlalu bergantung kepada orang lain, apabila modal orang lain ditarik balik, kita terus akan menjadi muqlis. Berdikari menjadi lebih penting selepas memasuki zaman globalisasi pada masa ini. Jika ekonomi kita sendiri tidak mampan, maka krisis kewangan mungkin akan berulang lagi."
Sompop juga menjelaskan bahawa Thailand telah mengharungi masa yang paling sukar semasa krisis kewangan Asia. Walau bagaimanapun, kerajaan dan rakyat Thailand telah giat mengambil iktibar daripada kesengsaraan tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya. Beliau berkata: "Selepas krisis kewangan itu berlaku, kalangan usahawan Thailand menjadi lebih berhati-hati dan mengambil pelbagai langkah seperti mengurangkan kadar hutang berbanding dengan jumlah modal, sebelum itu jumlah hutang yang dimiliki oleh banyak perusahaan Thailand mencatat beberapa kali ganda daripada jumlah modal yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, perusahaan domestik juga telah berusaha menyusun semula perusahaan, menurunkan kos pengeluaran mereka, mencari rakan kerjasama dalam dan luar negara serta mengubah suai dasar pelaburan mereka, agar modal mereka tidak diguna pakai dalam bidang yang mereka tidak mahir."
Sompop berkata dengan berat hati bahawa Thailand telah mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun baru untuk kembali pulih daripada landaan krisis kewangan tersebut. Pada tahun 2003, kadar pertumbuhan ekonomi Thailand telah mencatat 6.8% dan pelbagai indeks ekonomi juga telah mencapai atau melebihi tahap sebelum krisis kewangan berlaku. 1 2
|