v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Rusia di China, Sergey Razo menyatakan bahawa Sukan Olimpik Merupakan Temasya Sukan yang Terbesar di Dunia
2008-07-11 14:11:47 CRI

Sukan Olimpik ke-29 akan dirasmikan di Beijing pada bulan Ogos tahun ini. Temasya sukan ini diberi perhatian oleh seluruh dunia. Wartawan radio kami baru-baru ini telah mengadakan wawancara dengan Duta Besar Rusia di China, Sergey Razov. Beliau menyatakan bahawa Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang terbesar di dunia.

Sergey Razov telah menjawat jawatan Dutan Besar Rusia ke Beijing pada tahun 2005. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri perubahan yang besar di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau yakin bahawa penyelenggaraan Sukan Olimpik di China merupakan pilihan yang sangat tepat. Kata beliau bahawa Sukan Olimpik Beijing, saya rasa akan memamerkan keunikan dan bermutu yang tinggi. Saya yakin bahawa Sukan Olimpik ini akan mengatasi masalah politik dan menjadi temasya sukan yang terbesar di dunia seperti yang pernah disarankan oleh pemimpin Rusia pada masa yang lalu.

Beliau berusaha untuk meningkatkan persefahaman antara generasi muda kedua-dua negara. Oleh itu, beliau menyebut slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah "Satu Dunia, Satu Impian". Menurut beliau, slogan ini membolehkan rakyat seluruh dunia, lebih-lebih orang muda menikmati kegiatan "Kedamaian dan Persahabatan" secara langsung. Sukan Olimpik ini menyediakan peluang pertukaran dan persefahaman kepada mereka. Beliau berkata bahawa pada pendapat saya sukan adalah satu-satunya saluran bagi meningkatkan persahabatan antara orang muda. Seandainya orang muda dapat menjalinkan hubungan persahabatan, mencapai persefahaman dan kerjasama, kehidupan rakyat seluruh dunia akan berubah menjadi lebih bahagia dan aman sentosa. Tugas bersama kita adalah meningkatkan persahabatan dan persefahaman antara satu sama lain.

Beliau berpendapat bahawa api suci Sukan Olimpik mewakili semangat kedamaian, persahabatan dan persefahaman antara satu sama lain dan tidak sepatutnya mengalami gangguan secara politik. Beliau berkata bahawa kerajaan Saint Petersburg telah mengambil tindakan keselamatan yang khusus untuk menjamin larian obor Sukan Olimpik Beijing berjalan dengan lancar. Penduduk tempatan berminat penuh terhadap larian obor Sukan Olimpik. Semua perkara yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing menimbulkan reaksi yang besar di Rusia.

China dan Rusia merupakan sahabat juga saingan dalam pertandingan Sukan Olimpik sejak lebih 20 tahun yang lalu. Dalam Sukan Olimpik Athens tahun 2004, jumlah pingat emas yang diraihkan oleh pasukan China melebihi jumlah yang diperoleh oleh pasukan Rusia dan jumlah itu menjadikan China menduduki tempat ke dua. Beliau membuat jangkaan bahawa pasukan China, Rusia dan Amerika Syarikat akan menduduki tempat yang terkedepan dalam persaingan mengumpul pingat emas dalam sukan Olimpik nanti. Pasukan China sebagai tuan rumah mungkin mencapai kecemerlangan, namun mereka juga menghadapi tekanan yang lebih besar.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |