v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Rusia di China, Sergey Razo menyatakan bahawa Sukan Olimpik Merupakan Temasya Sukan yang Terbesar di Dunia
2008-07-11 14:11:47 CRI

Sergey Razov bukan sahaja seorang diplomat yang mahir, malah juga peminat sukan. Beliau berkata bahawa sejak muda saya meminati bola tampar, bola keranjang, ping pong, tenis, renang dan bola sepak. Saya lebih gemar menikmati pertandingan melalui siaran langsung di TV. Saya juga gemar menonton pertandingan yang diadakan di stadium.

Beliau sendiri jarang bersukan, tetapi bersedia menyertai aktiviti yang berkaitan dengan sukan. Beliau berharap dapat menghadiri setidak-tidaknya sekali Sukan Olimpik Beijing, temasya sukan yang terbesar ini. Beliau juga ditugaskan untuk meninjau kerja-kerja persiapan dan pelaksanaan Sukan Olimpik ini bagi manfaat Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan diadakan di Sochi Rusia pada tahun 2014. Beliau berkata bahawa kerja persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk telah dimulakan. Selepas Sochi Rusia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2014, Presiden dan kerajaan Rusia bekerja keras untuk mengatur pembinaan stadium dan kemudahan yang lain bagi Sukan Olimpik ini. Sochi terletak di bahagian selatan Rusia dan ia menyediakan kemudahan penginapan dan percutian yang sangat baik. Pembinaan stadium Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2014 bukan sahaja bertujuan menyediakan persekitaran yang baik kepada atlet, tetapi juga dapat merangsangkan pembangunan di kawasan selatan Rusia.

Beliau berharap Rusia dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China melalui temasya sukan yang terbesar di dunia ini. Beliau yakin bahawa sukan akan menjadi jambatan bagi merapatkan hubungan, bukan sahaja antara rakyat kedua-dua negara bahkan rakyat seluruh dunia, membolehkan mereka saling memahami dan bersahabat untuk mewujudkan kerjasama. Sebenarnya, inilah tujuan utama sukan dan semangat Olimpik. Beliau berkata bahawa saya yakin, Sukan Olimpik Beijing dapat diadakan dengan jayanya setelah pelbagai gangguan politik diatasi. Saya mengucapkan selamat sejahtera dan aman sentosa kepada saudara pendengar CRI, dan berharap agar hubungan rakan kerjasama strategik China-Rusia dapat ditingkatkan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |
    16A Shijingshan Road, 100040 Beijing China
    Hak Cipta Terpelihara oleh CRI