v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jurulatih Pemanah China, Li Lingjuan
2008-07-14 11:39:19 CRI

Li Lingjuan sekarang ialah jurulatih pasukan pemanah wanita Qatar. 24 tahun yang lalu, beliau pernah mewakili China menyertai Sukan Olimpik Ke-23 yang diadakan di Los Angles dan mencapai hasil yang baik. Pada 6 tahun yang lalu, atas suruhan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, beliau menyandang jawatan sebagai jurulatih di Qatar untuk membantu negara itu membentuk pasukan memanah wanita. Beliau mengajar dan memimpin pasukan memanah negara itu yang terdiri daripada atlet yang bukan profeisional menyertai temasya sukan Asia dan mencapai kemajuan kejayaan yang memuaskan, walaupun mereka terdiri daripada atlet yagn bukan profesional Beliau turut digelar sebagai "Pahlawan Negara" oleh rakyat Qatar.

Ketika megnimbas kembali pengalamannya menyertai Sukan Olimpik 24 tahun yang lalu, Li Lingjuan berkata bahawa pengalaman tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada beliau. Pada masa itu, beliau hanya mengadakan latihan tambahan selama dua tahun setengah dan beliau tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang Sukan Olimpik. Beliau memberitahu wartawan:

"Saya hanya ada Sukan Olimpik ialah temasya sukan yang terbesar di dunia. Namun, saya tidak mengetahui pengetahuan yang lebih tentang temasya itu. Saya amat teruja semasa menyertai upacara perasmian itu kerana dapat menjadi salah satu anggota daripada jumlah 178 negara peserta dan menikmati suasana di situ. Bagi seorang atlet, menyertai temasya Sukan Olimpik adalah satu hal yang amat membanggakan. Saya amat bertuah dapat menyertai Sukan Olimpik. "

Pengalaman tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada Li Lingjuan. Dalam Sukan Olimpik Los Angeles yang diadakan pada tahun 1984 itu, pasukan penamah China kurang pengalaman praktikal kerana itu ialah kali pertama mereka menyertai Sukan Olimpik. Pada masa itu, pasukan memanah Republik Korea memang sudah mempunyai daya saing yang hebat. Li Lingjuan yang hanya berumur 18 tahun pada masa itu mencipta rekod yang paling tinggi dalam lima acara memanah. Namun, beliau tidak berjaya memenangi pingat emas, hanya pingat perak. Peristiwa ini dikesalkan, dan kesesalan tersebut kekal hingga ke hari ini. Dalam tempoh 20 tahun selepas itu, China telah memenangi 5 pingat perak dalam acara yang sama, namun masih belum berjaya meraih satu pingat emas pun. Ketika mengenang kembali pengalaman 24 tahun yang lalu, Li Lingjuan menyatakan:

"Pengalaman saya menyertai Sukan Olimpik buat pertama kali itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Walaupun saya hanya mendapat pingat perak dalam acara memanah itu, tetapi apa yang telah berlaku menjadi kenangan yang tidak boleh saya dilupakan. Pada masa itu, China pertama kali menyertai Sukan Olimpik jadi memang tidak ada pengalaman. Namun, saya bernasib baik kerana dapat mengatasi pelbagai kesukaran dan dapat menumpukan perhatian dalam pertandingan itu. Akhirnya, berjaya juga. Saya berharap rekod pingat emas bagi acara memanah yang sentiasa dipegang oleh atlet Republik Korea dapat dipecah oleh orang China dalam Sukan Olimpik kali ini."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |