v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jurulatih Pemanah China, Li Lingjuan
2008-07-14 11:39:19 CRI

Menurut Li Lingjuan, bagi setiap atlet, memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah satu impian; bagi sesebuah negara, menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Sukan Olimpik adalah satu perkara yang membanggakan. Wujudnya segelintir masyarakat yang memulaukan Sukan Olimpik Beijing menandakan, masih terdapat sesetengah orang di arena antarabangsa tidak bersedia untuk melihat China yang makmur dan maju. Li Lingjuan menyatakan bahawa semangat Sukan Olimpik adalah untuk menggalakkan semua orang menyertai temasya sukan dan semua atlet perlu diberi peluang yang adil. Sebahagian kecil pemimpin negara barat tidak patut merampas peluang atlet negaranya untuk menyertai temasya sukan ini. Li Lingjuan berkata:

"Saya ingin memberitahu pemimpin negara yang ingin memboikot Sukan Olimpik Beijing bahawa mereka membuat keputusan dengan tidak mengambil kira atlet negara mereka yang telah giat berlatih membuat persiapan. Biasanya, atlet hanya mempunyai tempoh 10 tahun dalam hidupnya untuk menyertai kegiatan sukan. Semangat Sukan Olimpik ialah menggalakkan rakyat seluruh dunia berkumpul bersama-sama dalam temasya Sukan tanpa mengira perbezaan etnik atau warganegara."

Beliau yakin China dapat menganjurkan Sukan Olimpik Beijing dengan jayanya dan ini adalah niat yang ikhlas daripada sahabat dari seluruh dunia. Beliau berkata:

"Walaupun saya mengajar teknologi memanah di luar negara, tetapi saya dapat merasakan kemesraan sukarelawan China yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan bagi Sukan Olimpik. Setiap orang China berasa bangga dapat menjadi sukarelawan dan memberikan perkhidmatan kepada Sukan Olimpik Beijing. Ramai orang termasuk kawan dan guru saya, menjangka jumlah pingat emas yang akan diraih oleh China pasti melebihi A.S.. Sukan Olimpik ini pasti akan berjaya kerana semua orang China memberikan sokongan kepadanya. Sikap orang China yang ikhlas dan usaha kita yang bersungguh-sungguh meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat antarabangsa. Mereka yakin Sukan Olimpik Beijing akan dilaksanakan dengan jayanya dan China akan terus berkembang maju."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |
    16A Shijingshan Road, 100040 Beijing China
    Hak Cipta Terpelihara oleh CRI