v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Bangladesh di China, Munshi Faiz Ahmad: Kami Berusaha untuk Wujudkan Impian yang Satu
2008-07-25 13:32:45 CRI

Duta Besar Bangladesh di China, Munshi Faiz Ahmad juga peminat sukan dan sering menikamti pertandingan melalui siaran langsung di TV. Beliau berharap dapat peluang menikmati Sukan Olimpik Beijing secara langsung nanti. Kata beliau bahawa bagi saya menyaksikan Sukan Olimpik merupakan impian kerana sukan ini tidak akan diadakan di negara yang berhampiran dengan Bangladesh. Kebetulan sukan ini diadakan di Beijing ketika saya menjawat jawatan duta besar di Beijing. Jadi, impian saya akan menjadi kenyataan, dan saya menanti-nantikan sukan ini dirasmikan.

Munshi Faiz Ahmad menyatakan bahawa beliau sama seperti rakyat Bangladesh yang lain, amat gemar akan menikmati pertandingan sukan. Dalam anggota keluarganya, yang memberikan sokongan kepada satu pihak, dan ada pula yang menyokong pihak yang lain. Mereka akan memberikan sokongan kepada pasukan yang digemari masing-masing. Jadi, anggota keluarganya akan riuh rendah memberikan sorakan terhadap pasukan yang menang atau pun yang gagal. Beliau menyatakan bahasa inilah semangat Sukan Olimpik, iaitu menjdikan rakyat seluruh dunia bersatu padu. Beliau berkata bahawa seperti slogan Sukan Olimpik "Satu Dunia, satu impian", semua warga dunia mempunyai impian yang satu. Kita sepatutnya bersatu padu untuk mengatasi apa jua kesukaran.

Beliau menambah bahawa beliau sendiri tidak pernah melawat stadium Sukan Olimpik yang utama, tetapi, isterinya telah melawat stadium yang berkenaan atas anjuran kerajaan bandar Beijing. Isterinya telah menyertai isteri para diplomat lain dan Duta Besar wanita dalam lawatan tersebut. Beliau berharap kerajaan bandar Beijing dapat menyediakan peluang kepada diplomat-diplomat lelaki pula untuk melawat stadium sukan tersebut.

Pingpong dan badminton merupakan acara sukan yang digemari oleh Munshi Faiz Ahmad. Beliau sering kali bermain pingpong bersama-sama dengan rakan sekelasnya ketika beliau melanjutkan pelajaran bahasa mandarin di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing pada tahun 1981 hingga 1983. Kata beliau, sejak saya muda sangat gemar bermain pingpong, tetapi teknik saya kurang baik. Adik lelaki sasya sejak kecil belajar main pingpong daripada saya sehingga menjadi seorang atlet pingpong pasukan Bangladesh sekarang ini. Beliau berkata bahawa saya kenal ramai atlet China, tetapi saya kurang ingat nama mereka. Saya kenal atlet pingpong, Wang Nan, atlet jimnastik, Liu Xuan, namun, nama atlet yang lain saya lupa. Tetapi saya amat berminat dengan pertandingan, dan berharap mereka dapat mencapai hasil yang lebih baik.

Ketika menyentuh tentang acara sukan yang digemari oleh rakyat Bangladesh, Munshi Faiz Ahmad berkata bahawa taraf sukan Bangladesh tidak begitu tinggi. Acara sukan seperti kriket, menembak, lumba lari dan lain-lain agak cemerlang, tetapi Bangladesh belum pernah meraih pingat emas dalam pertandingan Sukan Olimpik yang lalu. Kata beliau, semangat Sukan Olimpik iaitu menyertainya merupakan matlamat yang utama, mencapai kemenangan dalam pertandingan merupakan matlamat kedua. Kami mesti menyertai pertandingan dalam Sukan Olimpik Beijing ini, dan berharap dapat bekerjasama dengan China supaya ketika sukan Bangladesh ditingkatkan, atlet berpeluang dapat menyerai pertandingan sukan ini.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |